Budak Comel Yang Singgah

Monday, December 27, 2010

Kenapa Perempuan Lebih Banyak Menangis??

Kajian ilmiah menyatakan bahawa perempuan lebih banyak menangis 4 kali ganda berbanding lelaki. Ini kerana mereka memiliki kelenjar-kelenjar air mata yang bentuknya lebih besar daripada kelenjar-kelenjar air mata lelaki.


Para ilmuwan Amerika sampai pada kesimpulan bahawa menangis sangat berguna untuk kesihatan. Air mata yang asli, baik itu air mata bahagia atau air mata kesedihan dapat membantu mengembalikan keseimbangan kimia tubuh.

Perempuan lebih banyak menangis kerana mereka sering hanyut dalam tangisan. Mereka mengeluarkan tangisan dengan diiringi suara yang dapat didengar sebanyak 64 kali dalam setahun. Sedangkan lelaki hanya mampu menangis 17 kali dalam setahun.

Jenis air mata yang mengalir akibat tekanan perasaan (emosi) dari segi bentuk dan fungsinya adalah berbeza-beza. Air mata jenis ini merupakan reaksi kimia yang muncul sebagai tindak balas atas gejala-gejala emosi yang bercampur dengan perasaan. Dengan demikian, ia lebih penting daripada protein.

Menangis dapat meringankan kadar tekanan kejiwaan. Ini sangat berguna untuk kesihatan lebih-lebih lagi kita kerap mendengar pelbagai jenis penyakit yang disebut sebagai penyakit tekanan jiwa.


[crying+woman.jpg]

Faktor Panjang Usia

Para ilmuwan menegaskan bahawa menangis dapat menyebabkan panjangnya usia kaum hawa. Menurut mereka, air mata mengandungi peratusan racun yang dikeluarkan dari tubuh melalui tangisan. Perkara ini mengakibatkan tubuh akan bebas dari racun. Pakar doktor jiwa menegaskan bahawa menangis dapat menyelamatkan perempuan masa kini dari ketegangan urat saraf yang ia alami akibat banyaknya permasalahan yang harus dihadapi ketika menjalani rutin kehidupan.

Para doktor pakar mata juga berpendapat bahawa air mata berfungsi membasuh mata dan mengosongkannya daripada kandungan racun yang muncul akibat tegangnya urat saraf perasaan dan emosi yang selalu datang silih berganti.

Hormon Berbicara

Perempuan memiliki hormon yang dipanggil oksinosin. Para ilmuwan menamakannya sebagai hormon pengendalian watak. Hormon ini dianggap sebagai faktor terpenting di sebalik fenomena bersembangnya kaum perempuan dengan teman-teman ataupun keluarga mereka untuk menghilangkan stres dan bukan cara menyembunyikan diri atau melampiaskannya dengan tindakan yang zalim seperti yang dilakukan oleh lelaki.
Sunday, December 26, 2010

My CHinGu!!


YeaY!!
finally, jumpa gak ma dorang jiyah..
my best fren ever n ever.. ^^
really enjoY my Day!!
Laugh with theM, stOrY, anD waLk arOunD..
reaLLY aPPreciaTe it Dude!!
:)
I smiLe todaY because of MR. "McD" tOo!!
thanx deaR!! hihi..
banYak kisah yg t'jadi Hari Ini.. hihi..
sanGat MeLucuKan.. 
hihi..
Next tym waNa cteR KisaH yg TerjaDi tYm Ma mEreKa2x nEy.. hihi..
taK Lupa GaK kaT DiNa yAnG keJa Kat KBOX KTV at CP ( part tym only u know.. :p )
thanx for give me chance to sing!! hihi
(puas ati dapat layan lagu MERINDUKANMU n KHATIMAH CINTA.. ^^ )

p/s : lagu MerinDukanMu sgt2 bermaKna Buat WaNa.. ^^

Ok GuyS.. di SiNi waNa sertaKan beberaPa PiX yanG diamBiL sepanjanG HaRi Ini!!
HaVe Fun! ^^
p/s again: hey U, LoVe U!! ^^ (foR mR.McD) hihi..


rock gila aq.. tapi, smart pix ney! I likE! ^^


we are POWERPUFF GIRLS!! aha! ^^


posingku agak cantik di situ.. hihi.. org sblhku plak posing spongebob.. :P


farah n her sis:jiyah.. ^^
very nice snap..:p

yay! wif barney and bee!! hihi.. smart x I and jiyah posing? hihi.. ^^

ok guys, stakat ini jer wana update blog wana yer.. next tym wana story pulak kat kOrang sal perkara yg terJadi kat KK tym jalan2x ngan mereka ney.. ^^
p/s: kami mang suka snap piX! ^_~



Saturday, December 25, 2010

ThE TiME!!

waaa!! finally !! will off to KK.. wif MAZIYYAH MUNIRAH.. ehe.. long time no see rite? anyway, doakan wana selamat pergi dan balik ya... bak kata KAK YATT, demam2x jalan x ksah suda, bila jumpa bestfren, rasa seronok sgt... ^^
finally, try to happy again.. but, want to be more silent like SIN TING op coz.. :)
next entri, wana citerkn sal out day wana ngan jiyah k?.. see u guys!! ^_~

p:s/ mreka yg risaukan sy, dun worry.. sy igt pesanan anda selalu.. sy akan jga diri.. syg kamu.. :)
Friday, December 24, 2010

FriDay TiMe~~

I always see you when I close my eyes, you're on my mind 

So can't you see, I need you right here with me, close by my side 
This time for sure, Gonna let you know, My love is straight from the heart ...
khas buat si dia, yang sentiasa dalam ingatan.. just being there for me.. forever u my boy, forever be my world, you're the only one I'll ever need in my life... just, remember, I never stop loving you..
hari ney wana rasa kurang sikit beban di hati pas hang out ngan my buddies.. NOOR ASILAH and CT MUNAWWARAH.. thanx dude, for making me happy today, even for a while.. kitaorang jalan2x kat pekan.. citer2x.. have some fun.. but its more fun if there are NAZSYAKILLA, AFANI and FAZ EZZURIN.. buat si dia yang disayangi, sepanjang hari ini, anda berlegar-legar di fikiran saya.. anda tidak penat ke? I wonder if u miss me like I do.. to my dear friend AINUL NADZIRAH, sorry darling, anda terlewat ya tadi.. hihi.. kalau anda awal, tentu sahaja anda boleh join kami taw.. ^_~
khas buat anda yang sentiasa berada dalam hati saya, I LOVE YOU.. always.. :)
Wednesday, December 8, 2010

NapeR PeRemPuan SenanG Nanges?..

Note: Di bawah ini hanyalah sebagai pengetahuan kepada anda sekalian untuk mengetahui kenapa perempuan mudah menangis. Supaya bagi mereka-mereka yang lelaki tahu, kenapa teman wanita mereka terlalu mudah untuk mengalirkan air mata sekiranya berlaku sesuatu dalam perhubungan.
Suatu hari, seorang anak bertanya kepada ibunya, “Ibu, mengapa ibu menangis?”
Ibunya menjawab, “Sebab ibu adalah perempuan, nak.”
“Saya tidak mengerti ibu,” kata si anak.
Ibunya hanya tersenyum dan memeluknya erat. “Nak, kau memang tak akan mengerti√Ę€¦”
Kemudian si anak bertanya kepada ayahnya. “Ayah, mengapa ibu menangis?”
“Ibumu menangis tanpa sebab yang jelas,” sang ayah menjawab.
“Semua perempuan memang sering menangis tanpa alasan.”
Si anak membesar menjadi remaja, dan dia tetap terus bertanya-tanya, mengapa perempuan menangis? Hingga pada suatu malam, dia bermimpi dan bertanya kepada Tuhan, “Ya Allah, mengapa perempuan mudah menangis?” Dalam mimpinya dia merasa seolah-olah mendengar
jawapannya:
“Saat Ku ciptakan wanita, Aku membuatnya menjadi sangat utama.
Kuciptakan bahunya, agar mampu menahan seluruh beban dunia dan isinya, walaupun juga bahu itu harus cukup nyaman dan lembut untuk menahan kepala bayi yang sedang tertidur.
“Kuberikan wanita kekuatan untuk dapat melahirkan bayi dari rahimnya, walau kerap berulangkali menerima cerca dari si bayi itu apabila dia telah membesar.
“Kuberikan keperkasaan yang akan membuatnya tetap bertahan, pantang menyerah saat semua orang sudah putus asa.
“Ku berikan kesabaran jiwa untuk merawat keluarganya walau dia sendiri letih, walau sakit, walau penat, tanpa berkeluh kesah.
“Kuberikan wanita perasaan peka dan kasih sayang untuk mencintai semua anaknya dalam apa jua keadaan dan situasi. Walau acapkali anak-anaknya itu melukai perasaan dan hatinya. Perasaan ini pula yang akan memberikan kehangatan pada anak- anak yang mengantuk menahan lelap. Sentuhan inilah yang akan memberikan kenyamanan saat didakap dengan lembut olehnya.
“Kuberikan wanita kekuatan untuk membimbing suaminya melalui masa-masa sukar dan menjadi pelindung baginya.
Sebab bukankah tulang rusuk yang melindungi setiap hati dan jantung agar tak terkoyak..?
“Kuberikan kepadanya kebijaksanaan dan kemampuan untuk memberikan pengertian dan menyedarkan bahawa suami yang baik adalah yang tidak pernah melukai isterinya. Walau seringkali pula kebijaksanaan itu akan menguji setiap kesetiaan yang diberikan kepada suami agar tetap berdiri sejajar, saling melengkapi dan saling menyayangi.
“Dan akhirnya, Kuberikan wanita air mata, agar dapat mencurahkan perasaannya. Inilah yang khusus kepada wanita, agar dapat dia gunakan bila-bila masa pun dia inginkan. Ini bukan kelemahan bagi wanita, kerana sebenarnya air mata ini adalah “air mata kehidupan.”

Benarkah Cinta itu Menyakitkan??

Setiap orang mempunyai makna cinta yang tersendiri. Ada yang kata, cinta itu menyakitkan dan jangan kau hampirinya. Tetapi, ada juga yang kata, cinta itu mengasyikkan sehingga kau akan terbawa-bawa dengan ombak asmaranya. Dan ada juga yang kata, cinta itu indah dan tiada ungkapan yang dapat menyatakan maksud cinta yang sebenar.
Bagi yang mengatakan bahawa cinta itu menyakitkan, ianya memang benar. Walau sepadan mana pun sepasang kekasih itu, akan ada juga masalah yang timbul. Ianya boleh diibaratkan, langit tak semestinya sentiasa cerah. Dalam berkapel ini, kita memang tidak boleh lari dari masalah. Bahkan, kita sendiri yang perlu menghadapinya dan juga menyelesaikan masalah tersebut.
Kesakitan cinta ini makin terasa ngilunya apabila sebuah pasangan itu hancur musnah. Apa yang dijanjikan selama ini, menjadi dusta belaka. Ketika baru sahaja clash, semuanya menjadi tak kena. Semuanya dipersalahkan. Itu tak betul, ini tak betul. Terasa diri ini dihimpit oleh sebuah keretapi dan tiada siapa yang ingin menolong.
Jadi, sekiranya anda ingin bercinta dengan seseorang, ingatlah. Cinta ini tak semuanya indah. Dan anda perlu bersedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan yang berlaku. Yang pasti, dalam percintaan akan ada pasang surutnya perhubungan. Cuma kita tidak tahu, bila ia akan berlaku. Mungkin hari ini, esok, lusa dan bila-bila masa.

24 Ciri Orang Yang Mencintai Kamu...

Dalam kehidupan, kamu tidak sedar apa yang dilakukan oleh seseorang terhadap diri kamu merupakan satu petanda yang dia mencintai kamu. Dia tidak ingin kamu tahu secara terus daripada mulut dia tetapi dia menunjukkannya melalui perbuatan. Berikut merupakan 24 ciri-ciri yang dilakukan oleh seseorang yang menunjukkan bahawa dia mencintai kamu.
  1. Orang yang mencintai kamu tidak pernah mampu memberikan alasan kenapa dia mencintai kamu. Yang dia tahu di hati dan matanya hanya ada kamu satu-satunya.
  2. Walaupun kamu sudah memiliki teman istimewa atau kekasih, dia tidak perduli! Baginyayang penting kamu bahagia dan kamu tetap menjadi impiannya.
  3. Orang yang mencintai kamu selalu menerima kamu apa adanya, di hati dan matanya kamu selalu yang tercantik walaupun mungkin kamu merasa berat badan kamu sudah bertambah.
  4. Orang yang mencintai kamu selalu ingin tahu tentang apa saja yang kamu lalui sepanjang hari ini, dia ingin tahu kegiatan kamu.
  5. Orang yang mencintai kamu akan mengirimkan SMS seperti ‘selamat pagi’, ‘selamat hari minggu’, ‘selamat tidur’, ‘take care’, dan lain-lain lagi, walaupun kamu tidak membalas SMS nya, kerana dengan kiriman SMS itu lah dia menyatakan cintanya, menyatakan dalam cara yang berbeza, bukan “aku CINTA padamu”, tapi berselindung ayat selain kata cinta itu.
  6. Jika kamu menyambut hari jadi dan kamu tidak mengundangnya ke majlis yang kamu adakan, setidak-tidaknya dia akan menelefon untuk mengucapkan selamat atau mengirim SMS.
  7. Orang yang mencintai kamu akan selalu mengingat setiap kejadian yang dia lalui bersama kamu, bahkan mungkin kejadian yang kamu sendiri sudah melupakannya, kerana saat itu ialah sesuatu yang berharga untuknya. dan saat itu, matanya pasti berkaca. kerana saat bersamamu itu tidak boleh berulang selalu.
  8. Orang yang mencintai kamu selalu mengingati setiap kata-kata yang kamu ucapkan, bahkan mungkin kata-kata yang kamu sendiri lupa pernah mengungkapkannya. Kerana dia menyematkan kata-katamu di hatinya, berapa banyak kata-kata penuh harapan yang kau tuturkan padanya, dan akhirnya kau musnahkan? Pasti kau lupa, tetapi bukan orang yang mencintai kamu.
  9. Orang yang mencintai kamu akan belajar menggemari lagu-lagu kegemaran kamu, bahkan mungkin meminjam CD milik kamu, kerana dia ingin tahu apa kegemaran kamu – kesukaan kamu kesukaannya juga, walaupun sukar meminati kesukaan kamu, tapi akhirnya dia berjaya.
  10. Kalau kali terakhir kalian bertemu kamu mungkin sedang selesema, atau batuk-batuk, dia akan sentiasa mengirim SMS atau menelefon untuk bertanya keadaan kamu – kerana dia bimbangkan tentang kamu, peduli tentang kamu.
  11. Jika kamu mengatakan akan menghadapi ujian, dia akan menanyakan bila ujian itu berlangsung, dan saat harinya tiba dia akan mengirimkan SMS ‘good luck’ untuk memberi semangat kepada kamu.
  12. Orang yang mencintai kamu akan memberikan suatu barang miliknya yang mungkin buat kamu itu ialah sesuatu yang biasa, tetapi baginya barang itu sangat istimewa.
  13. Orang yang mencintai kamu akan terdiam sesaat, ketika sedang bercakap di telefon dengan kamu, sehingga kamu menjadi bingung. Sebenarnya saat itu dia merasa sangat gugup kerana kamu telah menggegarkan dunianya.
  14. Orang yang mencintai kamu selalu ingin berada di dekat kamu dan ingin menghabiskan hari-harinya hanya dengan kamu.
  15. Jika suatu saat kamu harus pindah ke daerah lain, dia akan sentiasa memberikan nasihat agar kamu waspada dengan persekitaran yang boleh membawa pengaruh buruk kepada kamu dan jauh.
  16. Dihatinya dia benar-benar takut kehilangan kamu, pernah dengar ‘jauh dimata, dekat dihati?’
  17. Orang yang mencintai kamu bertindak lebih seperti saudara daripada seperti seorang kekasih.
  18. Orang yang mencintai kamu sering melakukan hal-hal yang SENGAL seperti menelefon kamu 100 kali dalam masa sehari. Atau mengejutkan kamu di tengah malam dengan mengirim SMS. Sebenarnya ketika itu dia sedang memikirkan kamu.
  19. Orang yang mencintai kamu kadang-kadang merindukan kamu dan melakukan hal-hal yang membuat kamu pening kepala. Namun ketika kamu mengatakan tindakannya itu membuat kamu terganggu dia akan minta maaf dan tak akan melakukannya lagi.
  20. Jika kamu memintanya untuk mengajarimu sesuatu maka ia akan mengajarimu dengan sabar walaupun kamu mungkin orang yang terbodoh di dunia! Bahkan dia begitu gembira kerana dapat membantu kamu. Dia tidak pernah mengelak dari menunaikan permintaan kamu walau sesukar mana permintaan mu.
  21. Kalau kamu melihat handphone-nya maka nama kamu akan menghiasi sebahagian besar INBOX-nya. Dia masih menyimpan SMS-SMS dari kamu walaupun ia kamu kirim berbulan-bulan atau bertahun-tahun yang lalu. Dia juga menyimpan surat-surat kamu di tempat khas dan segala pemberian kamu menjadi benda-benda berharga buatnya.
  22. Dan jika kamu cuba menjauhkan diri daripadanya atau memberi reaksi menolaknya, dia akan menyedarinya dan menghilang dari kehidupan kamu, walaupun hal itu membunuh hatinya.
  23. Jika suatu saat kamu merindukannya dan ingin memberinya kesempatan dia akan ada menunggu kamu kerana sebenarnya dia tak pernah mencari orang lain, dia sentiasa menunggu kamu.
  24. Orang yang begitu mencintaimu, tidak pernah memaksa kamu memberinya sebab dan alasan, walaupun hatinya meronta ingin mengetahui, kerana dia tidak mahu kamu terbeban dengan karenahnya. Saat kau pinta dia berlalu, dia pergi tanpa menyalahkan kamu, kerana dia benar-benar mengerti apa itu cinta.
“Pernah adakah orang yang berbuat seperti di atas kepada kamu? Jika ada, jangan pernah mensia-siakan orang tersebut… Kamu akan menyesal melakukannya!”

TanDa LeLaki SaYanG...

pabila seorang lelaki benar-benar jatuh cinta dan setia pada kekasihnya dengan ikhlas, perubahan sikapnya dapat dilihat dengan jelas. Hati lelaki yang dianggap keras selama ini, tiba-tiba menjadi selembut kapas. Bahkan lelaki yang mabuk cinta sanggup berkorban dan melakukan apa sahaja untuk kekasihnya. Sekeras manapun hati lelaki ia akan mengalirkan air mata apabila hatinya dilukai. Namun kaum wanita janganlah mengambil kesempatan di atas pengorbanan yang dilakukan lelaki untuk mu itu.
Sekiranya kamu menyedari teman lelaki kamu sentiasa bersungguh-sungguh melakukan sesuatu untuk kamu dengan rela hati, nyata kamu tidak silap memilih teman hidup. Situasi ini terang-terangan sudah menjelaskan perkara sebenar. Dia bukanlah jenis orang yang berdamping denganmu sekadar suka-suka ataupun untuk mengambil kesempatan,tetapi atas dasar cinta yang sebenar. Betapa beruntungnya kamu.
Selain itu, jika teman lelakimu sentiasa buat hatimu senang dan terhibur, itu tandanya dia inginkan perhubungan yang serius daripada kamu. Sudah tentu dalam sesebuah hubungan kita inginkan sesuatu kenangan yang manis untuk dikenang. Jadi tidak hairanlah lelaki sebegini sentiasa inginkan suasana ceria setiap kali berdampingan dengan orang yang dianggap istimewa dalam hidupnya. Padanya, sudah menjadi tanggungjawabnya untuk membuatkan hati orang yang disayangi sentiasa senang dan terhibur.
Jangan kamu anggap teman lelakimu seorang yang kuat membebel sekiranya setiap masa dia cuba memberi kamu nasihat. Ingat, nasihat bermaksud mengingati. Dia akan sentiasa mengingati orang yang dia sayangi agar hubungan yang terjalin berjalan lancar tanpa sebarang masalah. Itu tandanya dia amat menyayangi perhubungan di antara kamu. Jadi, terbukalah mendengar nasihatnya.
Cemburu! Satu sikap yang paling tidak disukai oleh kebanyakan insan yang bercinta. Namun jika diamati, cemburu sebenarnya tanda seseorang itu terlalu menyayangi kamu dan tidak mahu hati kamu berubah. Bukan bermaksud dia ingin mengongkong kebebasanmu, tetapi dia cuba mengambil berat setiap apa yang dilakukan oleh kekasihnya pada setiap inci. Jika kamu setia padanya, tidak salahkan dia cemburu asalkan tidak cemburu buta!
Jika sudah sayang, macam-macam akan kamu fikirkan termasuklah bimbang akan kehilanganya. Begitu juga jika teman lelakimu menyatakan dia selalu memikir dan risaukan kesudahan hubungan kamu. Ini bermakna dia selalu fikirkan mengenai hubungan kamu dan bagaimana untuk menyelamatkannya dari berakhir begitu sahaja. Kalau boleh biarlah ke jinjang pelamin, baru berbaloi!
Kamu pasti pernah melalui situasi di mana teman lelakimu marah dan sentiasa curiga setiap kali kamu bercerita atau berjumpa mengenai lelaki lain di hadapannya. Jangan risau. Bukan bermakna si dia ingin mengongkong perjalanan hidupmu, tetapi risau sekiranya kamu mula berpaling tadah apalagi setelah berjumpa dengan lelaki yang boleh menjadi pencabar terdekatnya. Ini tandanya cintanya begitu mendalam terhadap mu..
Ada juga lelaki yang cepat berasa sensitif dan mudah marah sekiranya apa yang diperkatakannya tidak diambil perhatian, lebihlebih lagi dari orang yang dia sayangi. Baginya kamu bersikap acuh tidak acuh. Hal ini boleh menimbulkan perasaan cemburu meluap-luap, tambahan pula sekiranya kamu boleh menjadi pendengar setia apabila berdampingan dengan orang lain. Pasti dia merasakan dirinya tidak berguna pada kamu.
Lucu tapi hakikatnya begitulah apabila teman lelakimu berperangai tidak ubah seperti anak-anak kecil semata-mata untuk mendapat perhatian daripadamu. Si dia mahu bermanja dan inginkan kekasih hatinya melayannya lebih daripada orang lain yang pernah kamu sayang. Kalau dia merajuk hati, sesekali cubalah untuk memujuknya. Jangan pula kamu sangka manjanya itu mengada-ngada. Bukan senang lelaki sanggup mengubah sikap machonya kepada seorang lelaki yang berperawakan manja. Hanya untuk orang yang disayangi sahaja.
Kamu hadapi masalah dan orang pertama yang datang membantumu adalah teman lelakimu. Tandanya dia tidak mahu melihat kamu susah dan rasa bertanggungjawab untuk membantu. Si dia akan menjadi orang yang paling rajin dan sanggup melakukan apa sahaja asalkan kamu senang dan tidak dibebani kerja ataupun masalah. Beruntungnya!
Kamu memberitahunya yang kamu akan ke satu-satu tempat untuk satu jangka masa yang agak lama. Tiba-tiba dia jadi menggelabah dan tidak menentu. Itu tandanya si dia langsung tidak boleh berjauhan darimu dan kamu tidak perlu ragu lagi tentang kesetiaannya.
Sekiranya teman lelakimu sentiasa bertanyakan soalan yang sama, “you masih sayang i?”, jangan anggap itu satu persoalan yang membosankan. Itu tandanya si dia tidak mahu kasih sayang kamu kepadanya menjadi luntur. Sebab itulah, kalimah tersebut sentiasa diulang-ulang agar kamu tahu betapa si dia sentiasa mahu kamu ingat diri kamu sudah dimiliki olehnya.
Si dia sanggup menitiskan air mata demi kekasihnya.. Bukan semua lelaki anggup menitiskan air mata hanya untuk seorang perempuan. Tidakkah kamu terharu melihat seorang lelaki yang sanggup menitiskan air mata demi kamu. Itu membuktikan cintanya begitu kuat buatmu.
Dan pengorbanan paling besar sekal gus menjelaskan lagi betapa si dia menyayangi dirimu apabila teman lelakimu lebih mementingkan diri kamu berbanding dirinya. Apa sahaja yang dilakukan semata-mata untuk mu. Asalkan kamu sentiasa selesa dan berasa selamat setiap kali bersama dirinya. Jadi, HARGAILAH Lelaki dan terimalah mereka seadanya…. Berilah diri kamu peluang untuk kembali mencintai seseorang yang bergelar LELAKI.
Thursday, December 2, 2010

ImPiaNku....

cantik kan?.. I wish I have this house.. beautiful house.. 
waa... cam castle la.. cantik...

saya nak decorate rumah nti, bkonsepkan taman dalam rumah .. waa... cantik... tentu cantik... :)
cita-cita terdahulu adlh... nk jadi cam ERIC!! interior designer... really2x love it...
cantik kan?...
oh, really2x love it..
Foto: iDEAOnline/Richard Salampessy
cantik....
owtey laa pembaca2x sekalian... stop kat sni erk... trima kasih atas kesudian anda smua tuk singgah kt blog ney.. jgn lupa komen yer.. kalau x pun, SHOUT OUT! jerr kat SINGGAH SEBENTAR's corner... thanx.. :)
Wednesday, December 1, 2010

New-bOrn BabY~~

yeah!! wana dapat anak buah lagi!! hihi.. akak sepupu wana selamat melahirkan anaknya pada 9.55 pagi td.. Oh nO, np x 4 dis... kui3.. xpa, yg penting bulan disember. hihi.. :)
xtw la anak buah yg ke berapa ney.. nama pun lom tw lagi.. RASHDAN ADIF, WARDINA ZULAIKHA, ZUHAIRAH NADHIRAH, QALESYA, PUTERI ALESSYA, QIESYA, ADAM, HAKIM, HAFIZ, AZRIE, DG.RAIHANA, AJIB, AZWAN,NANA, IKMAL and dis new-born baby..
hensem boy ney nti... kihkih...

Untuk Bakal Teman Hidupku..


Untuk bakal teman hidupku, bacalah...
Bakal teman hidupku,
Aku diamanahkan kepada kamu,
Daripada bapaku sebagai wali,
Kepada kamu sebagai suami.
Bakal teman hidupku,
Maafkan aku jika tak seperti yang kamu mahu,
Maafkan juga segala tingkah laku ku,
Kerana...
Aku juga manusia biasa seperti kamu.
Bakal teman hidupku,
Ku pinta pada mu,
Bimbinglah aku,
Ke jalan yang satu,
Jalan yang lurus walau jauh beribu batu.
Bakal teman hidupku,
Maafkan segala cacat celaku,
Maafkan terkasarnya bahasaku,
Maafkan segala salah silapku.
Bakal teman hidupku,
Hanya satu yang ku pinta darimu,
Jagalah aku,
Sayangilah aku,
Dan...
Jujurlah padaku.
Tuesday, November 30, 2010

CinTa CahaYa NuRul Iman

Tangannya tidak henti menarik rumput ditepinya. Melepaskan gelora dijiwa, menahan air mata yang berdosa itu menitis lagi. Imannya meronta-ronta kerana kalah pada nafsu yang yang tengah bersorak gembira.

“maafkan aku wahai iman,” Nurul Iman bermonolog sendirian. 

Tidak dapat diseka lagi air mata jernih itu jatuh lagi.Iman diselubungi rasa bersalah yang teramat sangat dalam dirinya. Ya, sebelum ini bukannya dia tidak tahu tapi kehendak nafsu itu lebih diutamakan dia. Itulah Nurul Iman pelajar Tahun satu dalam bidang Syariah dan Bahasa Arab. Seorang pelajar yang hebat berkata dipentas perjuangan. Dia juga barisan kepimpinan dakwah di situ. Hebatnya Iman dalam perjuangan memberi suntikan semangat kepada akhawat yang lain. 

Tapi Iman tewas pada satu persada yang lain. Air mata Iman jatuh lagi mengenangkan kebodohan diri sendiri. Mengenangkan kembali saat perkenalan dengan seorang lelaki sewaktu Iman menjalani kem Perkasa Diri selepas SPM. Ketika itu Iman hanyalah perempuan biasa yang baru mengenali erti kehidupan diluar sana. Di kem itu banyak mengajar Iman ketika berjauhan dengan keluarga. 

Kenalnya Iman pada lelaki itu kerana dia merupakan peserta aktif dalam dakwah di situ. Memang lelaki itu baik, mana tidaknya dialah imam di surau, dialah mengetuai majlis ta’lim, dialah yang menganjurkan aktiviti-aktiviti di surau untuk menarik hati peserta untuk ke surau. Hati Iman terjentik pada kebaikan yang dia lakukan. 

“siapa nama awak?”, dia mula bertanyakan Iman ketika dalam satu aktiviti kumpulan. Iman hanya menghulurkan satu buku pada dia yang tertulis namanya di situ. 

“Nama awak seperti awk”, dia memulakan bicara. Iman hanya tersenyum ketika itu. 

“Nama saya Hafiz Ad-Din”, panggil saje Haffiz”. Awak memang tak banyak bercakap ker? 

“Tak delah, saya memang macam nie, saya tak kenal awk, buat ape saya nak cakap dengan awk.” Iman berkata jujur. Memang Iman begitu, hanya bercakap apabila perlu sahaja. Tapi bila Iman bersuara, semuanya kaku mendengar bicaranya.

Pada saat itulah Iman mula mengenali insan bernama haffiz. Iman mungkin menganggap dia sebagai sahabat, tapi Haffiz cuba mencuri hati Iman. Haffiz tahu sukarnya dia mendekati insan yang bernama Nurul Iman. 

Ketika hari terakhir di kem itu, Iman mula merasai niat Haffiz pada dirinya. Iman mula merasai serba salah tentang perasaan itu. Dia sendiri pun tidak memahami perasaan hatinya ketika itu. Iman menulis sepucuk surat pada Haffiz. Dalam surat itu pena Iman menulis..

Salam sahabat,
Jodoh itu satu ketentuan dari Ilahi,
Usahlah awak bimbang dengan ketentuan itu,
Andainya saya milik awak, saya tetap milik awak satu hari nanti,
Tapi andainya saya bukan untuk awak..
Ingat, ketentuan Allah itu terselit sejuta hikmah,
Yang lebih baik itu sedang menanti awak..
Syukran atas persahabatan ini =)

~Nurul Iman Abd Majid~

Iman menghulurkan surat itu pada dia dengan seribu harapan yang tercipta agar dia mengerti isi hatinya. 

‘’Terima kasih, jaga diri baik-baik..Kalo rindu, tengok bulan,” Haffiz hanya melihat wajah lembut Iman. Baginya Iman adalah segalanya. Dia tekad mahu menjadikan Iman zaujahnya satu hari nanti.

Iman tidak mampu berkata-kata. Iman tidak faham akan perasaannya. Adakah hatinya sudah mencintai dia……… 

****************************************************************************************************************


Sekarang sudah dua tahun dia mengenali haffiz. Walaupun masing-masing berada di jalan juang yang berbeza tetapi Iman dan Haffiz kerap berhubungan melalui telefon. Iman mula menerima cinta Haffiz dengan harapan dialah zaujun dia suatu hari nanti. Iman bukan tidak tahu cinta sebelum nikah ini lebih lebih menjerumuskan kepada zina. Itulah Iman,sentiasa kalah pada mujahadah nafsu. Kadang-kadang dia cuba mengelak dari menjawab panggilan dan SMS daripada Haffiz. Iman juga cuba terangkan kepada Haffiz perhubungan yang disyariatkan dalam Islam. Iman kaku kerana dia tahu dia banyak melukakan hati Haffiz secara tidak langsung. 

“seorang lelaki yang baik, dia tidak akan membiarkan orang yang dicintai itu bersama-sama melalakukan dosa”. Iman terpaku mendengar ceramah ‘’Manisnya Cinta selepas Nikah”. 

Jikalau benar Haffiz itu mencintai dirinya, kenapa dia tidak pernah terfikir perhubungan seperti ini akan banyak mengundang dosa. Iman tidak mahu baitul muslim yang dibina atas perhubungan yang tidak diredhai. 

Iman tidak pernah putus berdoa andainya Haffiz itu terbaik untuk dirinya dunia dan akhirat, Iman memohon petunjuk dari Allah. Tetapi seandainya dia bukan jodohnya, Iman memohon agar Allah memberi petunjuk untuk menjauhkan diri dari dia tanpa melukakan hatinya. 

Jam menunjukkan tepat pukul 1.30 pagi. Hidup sebagai pelajar siswazah memang tidak lari dari tugasan-tugasan yang melambak. Iman nekad pada dirinya, perjuangan dalam menuntut ilmu itu adalah satu jihad. Sebab itu Iman mampu menyiapkan tugasan-tugasan yang diberikan pada waktunya walaupun begitu banyak amanah yang terpikul dibahunya. Iman memang bijak meletakkan kewajipan pada tempatnya. Iman tidak mahu orang berkata, orang itu hebat dalam berdakwah, tapi dalam kelas pun tidur.

Mata Iman sudah mula mengantuk, dia menutup laptopnya dan mengemas semua buku-buku sebelum tidur. Iman ke tandas untuk menggosok gigi dan mengambil wudhu’. Sekembalinya dia ke bilik, dia melihat skrin handpnone menyala. Dia melihat 1 panggilan tidak dijawab. Iman pelik kenapa dia menelefon pada waktu begini. Hati Iman mula sedih, kenapa dia tegar menelefon pada waktu sebegini. Iman memandang jam hampir pukul 2 pagi. Iman mula merasakan hatinya semakin jauh. Iman cuba menjaga perhubungan itu tetapi kenapa dia langsung tidak mengerti.. aduhai awak……..

Bunyi jam loceng mengejutkan Iman. Iman bangun untuk menunaikan solat malam. Hatinya lebih tenang. Memang benar, bila mengingati Allah hati kita menjadi tenang. Disaat itu Iman mengadu segala masalah kepada Sang Pencipta. Iman menangis semahunya ketika dahi bertemu sejadah cinta.

Iman bersiap untuk ke kuliah seperti biasa. Iman kelihatan bersemangat hari itu. Jam menunjukkan pukul 7.20pagi. Iman mengambil sekeping roti yang disapu dengan jem sebagai pengalas perut. Tiba-tiba handphone Iman berbunyi. Melihat di skrin telefon itu “Haffiz is calling…..”

Iman menjawab panggilan telefon itu. 

“assalamualaikum Iman, apa khabar? Ada satu perkara saya nak bagitahu awak..” Haffiz memulakan bicara.

“waalaikumussalam, Alhamdulillah, saya ok jer. Hmm..ada ape? Maaf, semalam saya dah tido,” Iman menjawab dengan bersahaja. Dalam hatinya memohon istighfar kerana menipu pada waktu itu.

“maaf mengganggu awak, saya nak bagitau awak yang saya tak boleh tidur semalam. Saya sakit, saya takut. Saya nak mintak maaf kat awk.” Kedengaran suara Haffiz yang seperti tersedu sedan.

“syafakallah, ye ke..maafkan saya. Saya tak tahu. Tapi kenapa nak mintak maaf kat saya?”

“saya bersalah kat awak. Saya tipu awak sebab saya terlalu sayangkan awak. Saya berhubungan dengan orang lain. Saya tak tahu kenapa saya terima dia dulu sedangkan saya dah ada awak. Saya takut saya mati nanti saya tak sempat nak mintak maaf kat awak.”

Hati Iman mula meronta-ronta.. hatinya bagaikan dicarik-carik. Iman tidak akan menitiskan air mata dihadapan lelaki.

“Iman, saya sayangkan awak. Saya mengimpikan awak menjadi zaujah saya satu hari nanti. Sebab tu saya taknak bagitahu awk..tp saya tahu awak tak suka kan saya. Saya budak jahat.. tak sesuai dengan orang baik macam awak.”

“saya tak tahu nak cakap apa lagi, semua dah terjawab. Terima kasih untuk semuanya. Saya harap awak menjaga hubungan awak dengan dia.”

“mesti awak tak sedih, sebab awak memang tak sayangkan saya.saya terima semua tu. Tapi saya nak awak tahu saya tetap mengharapkan awak”.

Hati Iman berkata, “saya dah mula sayangkan awak……"

Iman tidak tahan lagi, dia berlari ke tandas.. tumpasnya air mata seorang mujahidah kerana seorang lelaki………. Iman tewas.

****************************************************************************************************************

“Iman, jangan biarkan air mata tu menitis lagi.” Solehah menyapa Iman dari belakang mengejutkan Iman dari lamunan di tepi padang. Memang sudah lama Iman berada di situ. Seusai solat Asar di masjid tadi, Iman terus turun ke padang. Tempatnya mencari ilham sumber kekuatan diri. 

“Solehah, Iman rasa berdosa sangat, Iman tewas..Iman tewas.. tewas pada nafsu sendiri. Kenapa Iman boleh menangis kerana seorang lelaki. Teruk lagi, Iman ditipu lelaki wak. Iman bodoh sangat..”

“Iman, muslimah yang sejati takkan sekali-kali mengalah. Ini tarbiyah dari Allah untuk Iman. Masa nie lah Iman dapat memperbaiki diri dengan memandang masa lampau itu sebagai tiket untuk Iman berubah.”

Solehah sahabat Iman sejak mereka asasi lagi. Segala masalah mereka berkongsi bersama. Sebelum ini Solehah selalu menasihatkan Iman meninggalkan Haffiz. Tapi Iman meyakinkan Solehah yang dia mampu menjaga perhubungan itu. Hebatnya persahabatan mereka. Solehah tidak pernah meninggalkan Iman walaupun dia tahu kemenangan pada pihaknya. Bahkan Solehah turut menyelami kesedihan yang Iman rasa. 

“terima kasih awak sebab jadi sahabat saya,” Iman memeluk Solehah tanda dia terlalu menyayangi sahabatnya seikhlas hati. 

Hati Iman berasa sangat bersyukur kerana disebalik hikmah kejadian yang berlaku, rupanya itulah jawapan untuk doanya selama ini. Jawapan yang Allah berikan itu, banyak mengubah Iman. Subhanallah, percaturan Allah memang hebat!! Iman sujud syukur atas hikmat tarbiyah yang diterima. 

****************************************************************************************************************

“Asif, ana tidak setuju kalau enta buat keputusan untuk menggunakan peraturan mengenakan denda kepada mereka yang tidak bertudung labuh.” Iman tegas bersuara dalam mesyuarat pimpinan dakwah. Keadaan kolej mereka yang semakin lama semakin teruk permasalahan sosial disitu. Masalah ini meyebabkan semua orang memandang kepada pimpinan dakwah untuk mencari punca penyelesaian. 

“Kalo begitu apa yang jalan yang terbaik enti fikirkan?” soal Mujahid kepada Iman setelah pandangannya ditolak mentah-mentah oleh Iman. 

Siapa tidak kenal Mujahid di Kolej itu. Memegang taklifan sebagai presiden dakwah dan seorang dalam ilmu agamanya. Kalo dalam mesyuarat, Iman dan Mujahid sering sahaja berbeza pendapat. Apa tidaknya Mujahid sering menggunakan kekerasan menyebabkan Iman kurang setuju dengan Mujahid. 

“Ana cadangkan kita membuat liqo’ kubro bersama semua nuqaba’ sebab bagi ana usrah itu memainkan peranan yang amat penting dalam masalah ini. cuba enta lihat, usrah di sini semakin hambar. Ramai yang tidak melaksanakan usrah. Jadi, ana nak kita perkasakan usrah semula. Tarbiyah perlu ditanam dalam diri setiap nuqaba’.” Iman memandang setiap pimpinan dengan harapan mereka memahami.

Maisarah mengangkat tangan untuk memberi pendapat. Mujahid hanya mengangguk untuk membenarkan Maisarah bersuara.

“ Ana lihat sekarang kita hanya memikirkan dakwah umum sahaja. Banyak program yang kita laksanakan sebelum ini, Nampak besar tapi tidak memberi tarbiyah yang khusus pada nuqaba’ sendiri. Lagipun kita hanya melaksanakan program-program tradisi yang mana senior-senior kita lakukan. Apa kata sekarang kita perkukuhkan tarbiyah pada nuqaba’ sahaja. Maksud ana kita melaksanakan program-program yang biasa sahaja tetapi berterusan dan istiqamah. “

“Betul tu, kita menjadikan program yang biasa itu luar biasa,” Iman mencelah. 

Hampir dua jam mereka bermesyuarat. Memikirkan masalah ummat memang memerlukan yang lama untuk mencari jalan penyelesaiannya. Sebab itu Islam menganjurkan syura. Syura itu sunnah dan banyak barakah yang terkandung di dalamnya tetapi seadainya disalahgunakan ia boleh mengundang dosa. 

“Kak Iman memang hebat memberi idea, kami pun nak jadi macam akak,” Anis bersuara sewaktu pulang bersama-sama. 

“akak tak hebat, akak banyak lagi kelemahan yang perlu diperbaiki. Dalam perjuangan ini, kita harus kental dan kuat. Muslimah ada hak untuk bersuara tetapi ada batas-batasnya. Akak nak jadi seperti Khaulah Al-Azwar yang hebat pergi berperang bersama-sama sahabat Rasulullah.” Iman menarik nafas mengenangkan dosa-dosa yang menyelimuti dirinya. 

Hati Iman berbicara, “wahai adik-adikku, akak pernah tewas..”

*****************************************************************************************************************

Masa terus berlalu. Iman semakin matang dalam hidupnya. Meniti hidup ini perlu berhati-hati kerana kita tidak tahu apa rencana Allah kepada kita. Rencana untuk menguji hambaNya.

Setelah selesai solat zohor di masjid, Iman mendengar ta’lim daripada iman solat zohor tadi. Sejuk hati mendengar ta’lim berkenaan kepentingan solat berjemaah di masjid. Banyak fadhilatnya bagi mereka yang berjemaah. Sesuangguhnya semua ini adalah hidayah dari Allah. Iman bersyukur dengan hidayah Allah kurniakan kepada dia selama hari ini. 

Iman mengenali suara yang memberi ta’lim hari itu. Siapa lagi kalau bukan Mujahid Al Firdaus. Di dalam kelas, mereka tidak pernah bersuara melainkan dalam mesyuarat sahaja kerana masing-masing memegang taklifan. Itulah Mujahid, berbeza di dalam kelas dan di dalam mesyuarat. Di dalam kelas Mujahid banyak berdiam diri dan menghabiskan masanya dengan membaca buku dan melayari internet.. Iman tidak nafikan kehebatan Mujahid… Dia memang hebat..

“Kalo jodoh Iman dengan Mujahid macam mana?” soal Solehah ketika kami selesai menunaikan solat Dhuha bersama.

“Ish, mana ada Solehah. Nie mesti tepengaruh dengan gossip liar kan. Saya mana layak Solehah. Awak pun tahun saya ni bukan perempuan baik.”

“Iman, jodoh itu ketentuan Allah. Mungkin Iman tidak dengan dia tapi Allah menggantikan Mujahid untuk awak yang jauh lebih baik.” Solehah tersenyum melihat wajah lembut Iman. Muslimah ini terlalu istimewa di mata Solehah. Kelembutan wajahnya memang menggambarkan kelembutan hatinya. Solehah amat mengenali isi hati sahabatnya itu.

“Dah Solehah. Saya serahkan jodoh saya seratus peratus pada Ilahi. Ikhlas saya cakap, hati saya dah tertutup untuk mana-mana lelaki.” Iman menegaskan pendiriannya. Dia merasakan dirinya terlalu kotor mengenangkan dosa-dosa yang lampau. 

Iman berdoa agar Allah tidak menguji hatinya lagi. Dia mengakui kehebatan mujahid tetapi mujahid belum dapat memenangi hati Iman. Iman bersyukur kerana Allah memegang hatinya. Bagi Iman cinta Ilahi itu cinta adalah segala-galanya. 

Hidup Iman di kampus banyak dihabiskan dengan belajar, usrah dan persatuan. Di hujung minggu pula masa Iman terisi dengan daurah-daurah dan program pengisian rohani. Rupanya selama ini hati yang kosong itu dahagakan ilmu dan santapan rohani. Iman tidak pernah mengeluh hidupnya seperti tiada masa untuk berehat. Ya, seorang mujahidah memang tiada masa untuk berpangku tangan. Iman menggelarkan dirinya sebagai Mujahidah Amar Ma’ruf Nahi Munkar. Dia tekad..

Iman sangat takut pada kalam Allah yang menjanjikan kemurkaan yang amat besar bagi mereka yang perkatakan apa yang mereka tidak lakukan. Sebab itu Iman lebih berhati-hati dengan apa yang diperkatakan. Meraih syurga Allah itu terlalu sukar, memerlukan pengorbanan yang lebih. Iman mengimpikan syahidah di jalan Allah… 

Mujahadah itu pahit kerana syurga itu manis

Tett..tett.tett… mesej handphone Iman berbunyi..

Salam, awak apa khabar? Saya rindukan awak. Saya tetap menanti awak. Andainya awak mengerti isi hati saya… maafkan saya mengganggu awak..

~Haffiz ad Din~


Iman cepat-cepat memadamkan mesej itu dari Inbox mesejnya. Ya Allah, dugaan apa lagi yang engkau berikan kepada hambaMu ini. Maaf Haffiz, Nurul Iman hari ini bukan seperti Nurul Iman yang awak kenal. Wahai hati, janganlah engkau menyerah diri lagi.

Iman membuka laptopnya. Pada mulanya dia ingin meng ‘update’ blog kesayangannya. Tapi tiba-tiba moodnya hilang. Dia membuka bacaan surah Al-Imran. Mendengar alunan kalam Allah membuat hatinya tenang.

Malam itu Iman keseorangan, roommate Iman pulang ke kampung. Kadang-kadang Iman cemburu dengan rakan biliknya setiap minggu pulang ke kampung. Apa tidaknya, Negeri Sembilan dengan Selangor tidak ada jauhnya pun. Keluarga Iman di Terengganu. Kalau cuti panjang baru lah Iman pulang ke kampong. Siapa tidak rindu untuk balik ke kampung. Mengenangkan ayah bonda di kampung membuatkan Iman besemangat nak belajar. Pengorbanan ibu ayahnya tiada tandingnya. Iman bukanlah asal dari keluarga yang senang.Tetapi kesenangan itu tidak menjamin kebahagiaan andai jauh dengan Allah. 

****************************************************************************************************************

“Maaf Iman, itu buku saya,” 

“Oh ye ke, maafkan saya. Saya ingat buku untuk dipinjam. Bagus sangat buku ni.terima kasih ea.”

“xpe, maafkan saya. Sebenarnya semalam saya tertinggal buku ni di sini.” Boleh saya nak buku tu, sebenarnya senior yang punya.”

“ok, maafkan saya.” Iman menghulurkan buku itu kepada Ameer Mukhlis. 

Iman kenal dia disebabkan mereka satu batch. Ameer mukhlis hanya seorang pelajar yang biasa saja. Dia bukan pelajar kos agama tetapi penampilan dia seperti seorang ustaz. Mungkin itu keistimewaan ameer. Ameer pernah bersuara mengatakan pelajar-pelajar kos agama tidak menunjukkan tingkah laku sebagai budak agama. Ya, dia memang berani…

Iman sering mendengar kisah Ameer melalui sahabat-sahabatnya yang tidak berpuas hati dengan dia. Iman memang tidak suka melayan perkara yang remeh-temeh seperti ini. Bagi Iman mungkin benar apa yang diperkatakan oleh Ameer. Iman akui zon selesa yang mereka berada sekarang. Iman pun hairan melihat sahabat-sahabat kos agamanya yang perwatakan seperti bukan budak-budak kos agama. Diorang sering menggunakan alasan, cara mereka itu adalah untuk mendekati pelajar-pelajar yang bukan kos agama. Tapi Iman hairan, kalau mahu berdakwah sekalipun kenapa perlu sampai hendak pergi solat berjemaah di masjid pun susah. Lebih mengaibkan budak-budak bukan kos agama yang mengajak mereka. Itu yang Iman kesal dengan sesetengah dengan sahabat mereka. 

“Kak Iman, tunggu kejap.” Suara Anis memanggil Iman dari belakang.

“Ye Anis, ada apa?” Iman tersenyum melihat Anis yang tercungap-cungap seperti tergesa-gesa.

“Satu kolej anis cari akak, tak jumpa. Rupanya akak di perpustakaan. Akak off handphone ea.”

“Ya Allah, ye ke. Maafkan akak. Handphone akak tak de bateri. Kenapa ni Anis?”

“Anis Cuma nak serahkan senarai nama naqib dan naqibah baru. Anis dah taip semula nama, kos dan nombor telefon diorang. Muslimin dan muslimat ada sekali. Jadi, Anis nak mintak akak tolong bagikan yang senarai muslimin kepada akh Mujahid ea. Lagipun akak sekelas dengan dia.” Anis tersenyum sinis kepada Iman. 

“tak pe, nanti akak bagi kat dia, lagipun lagi setengah jam akak ada kelas.Terima kasih ea Anis.” Iman membalas senyuman Anis walaupun dia tahu isi tersirat disebalik senyuman Anis. 

*****************************************************************************************************************

Iman meletakkan buku “Siapa Dia Dihatimu” oleh Ust Pahrol. Dia memang penggemar buku Ustaz Pahrol. Bagi Iman, setiap bicara Ustaz Pahrol dalam bukunya seperti berbicara dengan isi hatinya. Iman memang begitu. Sering mengaitkan dengan sesuatu.. Iman teringat sewaktu mesyuarat pimpinan dakwah petang tadi. Dia tidak mengerti kenapa hatinya tersentuh ketika nama itu disebut.

“Ana nak maklumkan dua orang bakal naqib terpaksa dibuang kerana mereka tak bersedia untuk menerima amanah ini. Mereka itu ialah Muhammad Muaz dan Ameer Mukhlis. Ana sudah bertemu dengan mereka dan mereka betul-betul tolak sebab mereka rasa mereka belum layak lagi.” Mujahid menerangkan kepada pimpinan semua.

Iman hanya terdiam mendengar penerangan Mujahid. Iman hairan kenapa hatinya berubah ketika nama Ameer Mukhlis disebut oleh Mujahid. Cepat-cepat Iman memohon istighfar. 

“Iman, jauh termenung.. dah pecah tembok cina tuh..”Farah cuba mengejutkan Iman dari lamunan. 

“Astaghfirullah.. lain kali bagilah salam dulu..nasib baik saya ni tak de sakit jantung kronik.” Iman menunjukkan muka geram kepada rakan biliknya yang suka mengusik itu.

“Nurul Iman, saya ni roommate awak. Dari tadi saya duduk kat meja saya tuh. Ni mesti tengah mengelamun pasal Mujahid kan..oppss.. terlepas sudah..hahaha.” Farah ketawa dan Iman terus mencubit manja pipi sahabatnya itu. 

“ Yelah, yelah.. taknak buat dah. Bukan mujahid tapi Mak Jah jual kuih kat caf√© tu kan..” farah cuba berdalih walaupun memang dia suka sangat melihat telatah Iman kalau nama Mujahid disebut.

“Ha’ah, rindu kat karipap Mak Jah..” Iman mencebik mulut kepada Farah.

“Maaf wahai Puteri Nurul Iman. Ana mahu pinjam mouse lah. Entah kenapa mouse tiba-tiba tak boleh guna.”

“laa ye ke.. kenapa tak habaq dari tadi. Ambil lah dalam beg laptop atas katil tue.” Iman menunjukkan beg laptopnya itu.

“Ok, syukran Iman. Luv u bebeh.” Farah memeluk Iman sekuat hatinya. 

“Yelah, yelah, saya pun sayangkan awak dunia akhirat. Awak roommate yang terbaik!!” Iman membalas pelukan Farah dan mencubit pipi gebu Farah.

******************************************************************************************************************

Sekarang Iman sudah berada di semester terakhir. Iman sudah bertambah matang dengan usianya yang sudah menjangkau 23 tahun. Iman telah menolak lamaran Mujahid setahun lepas. Bagi Iman jawapan istikharahnya bukan Mujahid tetapi orang lain. Iman tidak pernah memberitahu sesiapa pun tentang isi hatinya. Hampir dua tahun lebih Iman memendam perasaannya itu. Baginya mencintai dalam diam itu lebih indah dan terjaga. Tetapi bisakah dia mengetahui…

Keyakinan Iman kepada Allah terlalu tinggi kerana baginya Allah itu sentiasa dihatinya dan hanya Allah sahaja yang layak menentukan siapa pemilik cintanya. Setiap kali berdoa, dia sering berdoa, Ya Allah, seandainya Ameer Mukhlis itu terbaik untuk dirinya dan memberi kebaikan di dunia dan di akhirat, Engkau berilah aku petunjukMu. Tetapi seandainya Ameer Mukhlis itu bukan yang terbaik, tidak memberi sebarang kebaikan di dunia dan diakhirat, Engkau jauhilah hatinya dan hatiku. Engkau jadilah aku redha menerima ketentuanMu..

Iman tahu di usia sebegini, dia perlu memikirkan soal jodoh. Sahabat-sahabatnya juga ramai yang sudah mendirikan baitul muslim. Iman pernah juga bertanyakan sahabat-sahabat tentang Ameer Mukhlis sudah berpunya atau belum. Ramai yang berkata dia sudah berpunya. Iman tidak tahu kenapa perasaan hatinya kepada Ameer Mukhlis begitu kuat sehinggakan langsung tidak pudar perasaannnya walaupun ramai yang berkata sedemikian. Mungkinkah ini kesannya jika mencintai dalam diam. Iman redha andai itu bukan untuk dirinya.

Setelah mengaminkan doa seusai solat dhuha, tiba-tiba handphone Iman berbunyi.. 

“Assalamualaikum, Iman apa khabar?” Suara Kak Mariam menyapa Iman dalam telefon.

“Waalaikumussalam, Alhamdulillah..baru je baik daripada demam. Akak sihat? Sejak-sejak akak dah berumah tangga nie, jarang dah kita berhubung..” Iman menunjukkan kesedihan pada Kak Mariam yang baru bergelar zaujah kepada Muaz, rakan sekelas Iman.

Kak Mariam seorang muslimat yang berani. Iman yang menjadi orang tengah untuk menyampaikan hasrat kak Mariam kepada Muaz. Walaupun Kak Mariam tua setahun daripada Muaz, tetapi usia tidak menjadi penghalang seperti mana cinta Rasulullah dan Siti Khadijah. Tidak sangka, Muaz juga menaruh harapan kepada kak Mariam. Selama ini mereka hanya memendam rasa. Hikmah daripada Allah itu terlalu indah.

“Alhamdulillah, akak sihat walafiat. Biasalah Iman, bila sudah bergelar isteri. Tanggunggjawab itu besar sangat. Sebagai isteri dan sebagai seorang da’ieah. Tapi Alhamdulillah, zaujun akak satu fikrah dengan akak. Memudahkan misi dakwah kami. Hmm.. akak ada hajat besar untuk Iman ni..” kak Mariam menyatakan hajatnya kepada Iman.

“Iman pun mengharapkan zaujun satu fikrah dengan Iman. Mungkin Allah tahu Iman belum lagi bersedia menjadi zaujah solehah. Sebab tu, Iman belum lagi menemui pemilik cinta untuk menemani sepanjang perjuangan nie. Akak nak bagitahu hajat apa?” Iman meluahkan isi hatinya kepada Kak Mariam.

“ Seorang ikhwah ingin khitbah Iman. Dia menyatakan hasratnya kepada zaujun akak. Akak rasa Iman pun kenal dia.”

Hati Iman kelu mendengar. Adakah doanya tadi telah terjawab..

“siapa akak?” Iman ingin mengetahui siapa gerangannya itu.

“maaf Iman, dia tidak benarkan akak memberitahu siapa dirinya. Tapi dia nak maklumkan kepada Iman yang minggu depan dia akan pergi ke kampung Iman untuk menghantar rombongan meminang.” Kak Mariam menjelaskan kepada Iman hasrat ikhwah tersebut.

“Baiklah, Iman terima dia pergi meminang Iman minggu depan.” Iman sendiri tidak tahu kenapa dia yakin dengan lamaran itu.

“Iman jangan risau, dia satu fikrah dengan kita. Insya Allah, akak melihat dia sesuai dengan Iman.”

“Insya Allah akak. Iman mengharapkan begitu juga.” Hati Iman masih lagi tertanya-tanya siapa dirinya. Mungkinkah….. 

****************************************************************************************************************

“Aku terima nikahnya Nurul Iman binti Abd Majid dengan mas kahwin senashkah Al Quran tunai.” Ameer Mukhlis melafazkan akad suci itu menyebabkan mutiara jernih Iman jatuh keharuan. Kini Iman sah menjadi sayap kiri perjuangan untuk Ameer Mukhlis. 

Ameer telah memberitahu Iman yang selama ini dia hanya mendiamkan sahaja perasaannya. Sejak dia melihat Iman di perpustakaan, hatinya telah berkata itulah zaujah ana. Tapi Ameer nekad dia hanya memendamkan perasaan itu selagi dia belum bersedia. Ameer terlalu sayangkan perjuangan, sebab itu dia mengatakan dia sudah berpunya kepada sahabat-sahabatnya kerana isteri pertamanya adalah perjuangannya. Ameer banyak terlibat dengan gerakan dakwah luar.

Hebatnya percaturan Allah untuk Iman. Cintailah dia dalam diam seandainya kita belum bersedia. Ameer dan Iman sujud syukur kerana Allah memelihara cinta mereka selama ini daripada noda dan dosa. Mereka bertemu dijalan juang yang sama. SUBHANALLAH…

Pages