Budak Comel Yang Singgah

Saturday, July 30, 2011

MULAKAN HARI DENGAN SENYUMAN! :)

Assalamualaikum..
^_^
selamat pagi semua! mulakan hari anda dengan senyuman yg manis lg ceria! :)
hari ney aq awal bangun lak.. first tyme dlm sejarah.. bley msuk book of record ney.. muahahaha.. :p
dalam kesibukan aq mengemas bilik pd pagi ini, sempat lagi update blog..

sambil2 update blog ney, dgr lagu UNGU - Percaya Padaku..
sweet lagu ney tw..
thanx to Hani, my dear friend yg bg lagu ney..
peace!
^__^
okie la U all.. kite nak g sambung keja dlu ya..?
nti aq update agi blog aq yg x cute lg hodoh ney.. =.="
have a nice day everyone! :)


Friday, July 29, 2011

Outing Day Bebudak Sabur : Birthday Mentor Kitaorg! :)

with my chingu : KATE :)

suasana di KFC.. :)

model SOS CILI + SOS TOMATO.. :p

TUTOR PISMP MATHS
TUAN HJ. ZAIEDDI BERSAMA ISTERI, UMMI.. :)

makan! ehehe


PERCAYA PADAKU :)



Aku tak tahu apa yang kurasakan
Dalam hatiku saat pertama kali
Lihat dirimu melihatmu
Seluruh tubuhku terpaku dan membisu
Detak jantungku berdetak tak menentu
Sepertinya aku tak ingin berlalu


[*]
Berikan cintamu juga sayangmu
Percaya padaku ku kan menjagamu
Hingga akhir waktu menjemputku

 
[**]
Ku berikan cintaku juga sayangku
Percaya padaku ku kan menjagamu
Hingga akhir waktu menjemputku
Saat ku tahu kau akan pergi jauh

 
Izinkan aku tuk selalu menatimu
Untuk katakan ku ingin dirimu
Agar kau tahu betapa ku terlalu
Mencintaimu aku akan menunggu
Hingga dirimu kembali untukku

 
Back to [*][**]
Tolonglah aku bagaimana diriku
Ungkapkan itu rasa yang membelenggu
Dalam hatiku ku cinta padamu
Back to [*][**]
Monday, July 25, 2011

HUJUNG MINGGU STAY KAT RUMAH

ewah2! lama benar aq x post apa2 entri kat cni.. sejak server wifi kat hostel ney rosak la pnya pasal..
agak lama x dpt online.. hihi.. tp xpa, ada hikmah di sebalik semua itu.. ekekeke
ujung mgu lepas, aq balik rumah! yahoo!
tapi balik rumah pun, stay sorang jer kat rumah.. =.="
mak aq? em... x pndai duk diam kat rumah tuu.. ada jer rumah org dia nak pergi..
maklum laa... dkat2 bulan puasa ney, org kat kampung tuu hah.. rajin benar buat kenduri..
aq lak? kenyang tahap dewa gink.. asyik makanan jer yg berlambak kat rumah tuu..
dah bosan2 kat rumah, apa lagi.. mula mencari benda tuk dibaca..
last2... aq tjumpa NOVEL!!! 
layan trusss....~
gambar hiasan..



aq rasa kan.. minggu ney cam nak balik rumah lagi la.. tapi..........
tgok la macamana! :)
Thursday, July 14, 2011

GEMPAK!

Gempak!! Bebudak kelas aq (especially pompuan) semuanya kecoh gara-gara satu benda ney { KOLERA }.. hal ini kerana salah sorang classmate aq dh lama cirit-birit + muntah (kalau x silap la..).. first, rumate dia kena wat check-up dlu..  after that, kamiorg plak yang kena.. (OMG)
cara pihak kesihatan wat check-up tuu x perlu laa story kat sini kan?? Agak memalukan! =.=”
aksi-aksi yang tidak sepatutnya u know… muka ney dah tebal berpuluh-puluh inci.. =.=”
sample najis diambik dari tutt* tuk dibuat pemeriksaan.. pastu kitaorg diberikan ubat pembunuh kuman sebanyak 3 biji.. aq menderita! (SAJA JA..) dah la aq anti-medicine.. dibagi plak ubat yang…errr…. Susah nak cakap!
tapi xpa ar.. lagipun KOLERA ney, kalau dah sampai tahap kritikal, boleh bawak maut taw!eee…. ngeri aq.. =.=”
anyway, tuk kesihatan, aq redha jer la.. bukan tuk org laen, tuk aq jugak..
(apa ntah aq dok merapu ney..)

Outing Tyme For Us





akhirnya.. dapat gak kitaorg turun KK sma2.. (berempat)
last tyme cuma aq, Amna n Kate jer..
kali ney Jijie dapat gak join.. :)
tapi kitaorg ter"miss" maen boling.. huhu..
rindu giler nak maen boling..
Jijie plak x berkesempatan nak g memanah..
adoyai.. paling2 pown kitaorg turun KK g shopping jer..
tapi apa2 pown, kitaorg dpt lagi mkn Sushi! hihi. ^_^
suke2..
kali ney x byk snap gambar, lagi byk g membeli-belah..
nextyme aq nak beli apa erk?
(secret!) ^_^

Friday, July 8, 2011

KEHILANGAN..

3 Julai..
aq digemparkan dgn satu berita yg sememangnya m'buatkan aq rasa sedih giler..
tyme tuu aq on the way balik ke hostel dr kelas..
(misi utama projek RESOS Maths)
aq rasa letih yg teramat.. sakit dr bahagian pinggang smpai betis..
sengal agaknya, x cukup rehat..
tyme tuu jugak aq pegang fon, balas mesej someone (xperlu la tw sapa)..
tetiba my beloved daddy call..
aq pown pelik, napa papa call malam2 buta ney..
(tyme tuu jam 10.45 pm dh..)
aq mula pikir bukan2.. tp aq cuma tuk m'relaxkn diri..
aq angkt call tsebut..
ya Allah.. btul sangkaan aq..
satu-satunya datuk aq kembali ke rahmatullah..
ayah kepada papa..
airmata terus mencurah.. meratapi pemergiannya..
ya, walaupun aq tidak rapat ngan arwah sepertimana sepupu aq yg lain, aq tetap sygknnya..
wajah tua itu terbayang-bayang di minda..
aq x mampu bkata apa-apa ketika itu..
sungguh!
sedih yg teramat..
malam itu jugak makcik aq datang ke hostel tuk mjemput aq pulang ke kampung..
jam 2 pagi selamat sampai di kampung..
aq sempat mlihat wajah tua arwah..
sungguh tenang wajah itu..
aq tidak merasakan beliau telah pergi buat selama-lamanya..
sebelum pengebumian, kami sempat mengucup dahi arwah..
alangkah sedihnya saat itu..
papa, orang yg pling merasai pemergiannya..
papa la yg berada di sisi beliau sepanjang masa sebelum pemergian arwah datuk..
airmata mengalir lagi.. sepupuku turut sedih..
kini, tiada tujuan lagi tuk balik ke kampung..
kalau sebelum ini, balik ke kampung tuk jenguk arwah, tapi skarang?
sukar diungkapkn dengan kata-kata..
kali terakhir aq mlihat wajahnya adalah ketika jenazah dimasukkan ke liang lahad..
:'(
sebelum balik ke rumah, aq rasa berat hati tuk meninggalkan pusara arwah datuk..
ntah, aq rasa kasihan.. dia bersendirian di sna..
kadangkala, airmataku jatuh berlinangan merinduinya..
namun, semua ini ketentuan Allah..
dan aq harus menerimanya dengan redha.. :'(
Al-Fatihah..

RENOVATION + REVOLUTION

sabtu lepas larian 1Malaysia tuu kitaorg ada projek terbesar..
MENGECAT KELAS!
mak aihh... letih bukan main lg naa...
excited nak ubah kelas..
apa tidaknya, kitaorg nak ubah kelas tuu jd bilik resos math..
atau dikenali sebagai  ...
MATHEMATICS RESOURCES ROOM PROJECT..
ney laa projek besar aq rasa.. smpai nak wat kertas keja lg..
hoho..
siap wat lawatan lg tuk mlengkapkn tujuan kitaorg wat benda ney..
okeh2.. next kita ckp lak psal kelas Sabur..
kelas jd apa??
CANTIK BEB!
mana korg nak cari.. slama ney ckp jer nak cat kelas..
baru skang tcapai hasrat kitaorg..
tp x la complete sgt coz langsir x tukar agi..
nak tgok gmbr??
jom USHAR kat bawah ney! :)
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*









jadi model jap.. :)

LARIAN 1MURID 1SUKAN 1MALAYSIA

Assalammualaikum..
*
*
*
larian 1murid 1sukan 1Malaysia..
ada apa ngan benda ney?
oh ya.. benda ney sbnrnya serentak satu Malaysia.. aq pown xtaw tujuan sbnr program ney coz tyme pengarah IP ktaorg explain bnda ney kat dpan, aq lak sebok borak-borak ngan kwn..aha. noty bebenor..~
apa2 pown, kitaorg xla blari sejauh 5km (trek larian merentas desa tuk pelatih pompuan) tuu..
hang gila apa..
igt kita ney robot ka..
op coz laa aq ngan kwn aq jalan jer..
ahaha..
kejap lari, kejap jalan..
bijak x?
wekkk! angkt bakul jap. lalalaaa~
jom tgok gmbr2 yg smpat diambik oleh saudara Hadi Shafien.. hoho.. c perasan comey..
(sory hadi, aq kutuk ko sat.ngokngek~ahaha!)
*
*
*
*
*
aq! pemilik blog yg x cantik ini.. lalalala~

maths member! :)

lecturer + staff dh ready nak lari.. gudluck!

sempat lagi cewek-cewek ney.. pantang sungguh.. :p

kegirangan di situ.. :p

pas makan.. alhamdullilah, dpt jugak alas perut.. :)



kitaorg ngan hamper-hamper yg kita dpt.. cabutan bertuah geng! aq jer x dpt2 agi.. asal jer cabutan bertuah, xprnah nak dapat.. bukan rezeki aq kot.. ahaha..!

BILA BOSAN~



hoho.. ;p

senyum.. :)

mangsa utama tyme bosan.. ahahaha.. ;p

peaceee~ :)

haha.. ney ar keja aq tyme xda lecturer.. snap2 pixcha.. ;p
kebosanan tahap dewa.. lalalala~
tu ar pemalas sgt kn.. cuba la study ker.. aigooo~ ;p

NASI AYAM

ya! nasi ayam! tuu la fevret aq.. yg lain aq suka makan jer.. yg ney memang suka sgt2 la! ahaha!
sbab tuu ar aq nak share resepi NASI AYAM pd kali ni.. korang try la buat ya.. aq pown baru nak try buat.. pandai makan jer, masak x pandai pulak.. ;p

Bahan-bahan :
  • ayam
  • beras
  • bawang besar
  • halia
  • bawang putih
  • sup bunjut
  • cili masak
  • sedikit sos tiram
  • sedikit kicap
  • sedikit cili sos
  • daun sup

Bahan-bahan sampingan :
  • Tomato
  • Timun
  • Daun salad

Cara-cara :
  • Rebus ayam bersama halia yang ditumbuk lumat sehingga masak.
  • Setelah masak, toskan ayam dan perap bersama sos tiram & kicap. Air rebusannya jangan dibuang.
  • Untuk nasi, tumis bawang merah & bawang putih hingga wangi, masukkan separuh air rebusan ayam tadi dan tanak bersama-sama nasi (bubuh pewarna kuning sikit supaya nasi tu berwarna kuning).Garam secukup rasa dan biarkan masak.
  • Ayam yang telah diperap kemudiannya digoreng.
  • Untuk kuah sup, tumis bawang putih dan bawang besar bersama-sama sup bunjut sehingga naik bau. Kemudian masukkan baki air rebusan ayam tadi. Setelah hampir masak, masukkan daun sup untuk menyedap dan mewangikannya.
  • Untuk sos cilinya pula, tumbuk atau blend cili masak bersama 1 ulas bawang putih hingga hancur. Masakkan bersama-sama sedikit sos cili dan sedikit air, letakkan sedikit gula dan garam secukup rasa.
    Setelah siap semua, bolehlah makan bersama-sama salad, timun dan tomato.

Ciri-Ciri Blog Kurang Diminati Orang~

blog kurang diminati??!! how come ar.. adoyai..
cmna korg nak jadikan blog korg-korg ney jd popular..
aq xla mharap sgt kn..
cuma kekadang tuu rasa cket btol follower aq ney..
( tu r entri x menarik.. wekk! )
nak tw x ciri-ciri blog yang kurang diminati org-org sekitar kita ney?
jom aq SHARE! :)
*
*
*
*
*
*
*
*
Kita blogger baru? Tak ternama? Mesti pernah terdetik dalam hati kita kan, kenapalah blog aku ni tak ramai orang lepak-lepak. Komen pun tak banyak. Tak cukup bagus ke entri aku tulis ni? Bila masuk blog-blog yang ternama, kita terfikir. Apalah yang hebat sangat blog mamat/minah ni sampai ada 1,000 follower. Sama je macam blog aku. Kita pun cepat je buat kesimpulan, emm.. sebab dia ni model/artis kot, itu trafik blog tak putus-putus.
Walaupun kita seorang blogger, kita juga seorang pembaca. Takkan nak baca blog sendiri je, itu namanya blogger syok sendiri. Hehe. Jadi pernah tak kita rasa apa yang pembaca rasa bila baca sesuatu blog ni? Kita mesti sibuk nak komplen pasal blog tu, blog ni. Padahal kita pun bukannya bagus sangat. So, untuk entri ni saya nak berkongsi idea mengenai ciri-ciri blog yang kurang digemari oleh pembaca-pembaca.
1. Font CAPS LOCK
Dulu-dulu kita kat sekolah rendah ada belajar kan pasal penggunaan huruf besar dan huruf kecil? Tapi kenapa tak nak aplikasikan benda tu bila tulis blog? Sebab ada sesetengah blog yang suka guna CAPS LOCK dari tajuk sampai ke ending. Kalau emosi tak stabil, terus saya terus tekan tanda ‘X’ yang berwarna merah di bahagian atas sebelah kanan. Rugikan? Penat je kita buat blogwalking dan ping-ping entri blog.
2. Font colourful
Walaupun dah besar panjang ni, kita masih terbawa-bawa sifat ke’tadika’an kita tu. Tulisan semua kaler ada, meriah macam kanak-kanak tadika. Hehe. Tak salah rasanya kalau nak guna kaler-kaler tu untuk highlight point-point penting. Tapi seboleh-bolehnya elakkan penggunaan kaler-kaler yang pelbagai ni nanti pembaca boleh pening baca hasil tulisan korang. Penulisan korang yang menarik boleh jadi tak menarik sebab kaler tulisan ni. Seelok-eloknya guna tulisan kaler hitam je.
3. Lagu autoplay
Kalau ada yang lemah jantung, pembaca mungkin tersentak dengan lagu-lagu autoplay di blog korang. Ni kalau guna lagu-lagu rock dan rancaklah. Kalau lagu-lagu slow, mendayu-dayu rasanya ok lagi kot.
Mungkin ada 3 tindakan yang pembaca akan buat. Pertama: teruskan membaca blog korang sambil layan lagu-lagu tu. Kedua: mute sound system di laptop atau pc dan teruskan membaca. Ketiga: tekan tanda ‘X’ berwarna merah. Jadi buat apa nak tanggung risiko hilang pembaca? Kalau nak letak lagu, letaklah lagu-lagu yang bukan autoplay. So, pilihan pembaca nak dengar atau tak lagu-lagu tu.
4. Entri tiada perenggan
6 tahun kita kat sekolah rendah, 5 tahun kat sekolah menengah. Cikgu tak ajar ke kalau nak buat karangan kena ada perenggan? Bila kita membaca buku, novel dan sebagainya, kita kadang-kadang nak berfikir sekejap dan rehat-rehatkan minda kan. Macam mana kalau buku kita baca tu takde perenggan langsung. Mesti kita bakar je kan buku tu? Tak pun simpan je dalam tong sampah. Penulisan blog pun mesti ada perenggan. Bagi masa kat pembaca untuk rehat dan berfikir mengenai apa yang kita tulis di blog.
5. Tiada gambar
Bayangkan blog yang kita baca tu dahlah takde perenggan langsung, lepas tu gambar-gambar pun tak nak letak. Apakah? Kadang-kadang bila kita letak satu gambar tu, pembaca akan berfikir, apa kaitannya gambar tu dengan entri yang kita tulis. Kalau pembaca tu berfikiran abstrak, mesti dia kagum dengan blog kita dan terus dorang tekan ‘Follow’ dekat list follower korang. Kalau letak gambar-gambar lucu pun boleh melegakan sikit kepala sebab ada hiburan ringan di samping entri blog yang panjang.
6. Lambat load, banyak widget
Ini lagi satu halnya, nak sangat blog kita nampak gempak, macam-macam widget kita letak. Konon jelah nampak cantik tapi tak cantik pun sebenarnya. Kesannya, blog lambat nak load. Dahlah guna celcom, maxis, digi berukband yang slow nak m@#*& tu. Pembaca apa lagi, terus tekan tanda ‘X’, buang masa tunggu loading. Satu lagi kerugian buat korang.
7. Tulisan kecik sangat
Alahai, tulisan macam semut. Nak baca kena guna kanta pembesar baru nampak. Blog-blog yang tak mesra pembaca ni senang je, terus tekan tanda ‘X’. Apalah salahnya guna tulisan besar sikit, standardla saiz 12. Jangan guna saiz 8.
8. Tulisan sekejap besar sekejap kecik + ejaan gedik
Ni lagi satu kegilaan blogger-blogger baru, biasanya remaja-remaja perempuan yang masih bersekolah atau baru habis SPM. Konon nak ikut trend tapi bila baca blog macam ni rasa menyampah pun ada rasanya. Pembaca pun annoying dengan abjad yang dicampur-adukkan dengan nombor. Ingat citarasa korang tak semestinya citarasa pembaca jugak. Fikir-fikirkanlah.
Jika korang tak percaya apa yang saya cakapkan, cubalah jenguk-jenguk blog Justkhai atauBeautiful Nara. Ada tak dorang guna benda-benda kat atas tu.
Saya nak minta maaf jika ada pendapat-pendapat saya yang berbeza dengan kalian semua. Sila perbetulkan jika ada yang salah. Jika korang tetap berpendirian ‘blog aku, suka hati akulah’, sampai bila pun korang takkan maju. Lepas tu jangan nak tanya kenapa blog korang sunyi sepi. Lebih baik tulis dalam notepad dan save.

Tips Kurangkan Lingkaran Gelap Bawah Mata!

Tips ney pown aq dpt dr blog org jugk.. hoho.. nak share jer sbnrnye..
tuk korg jugk kan.. ;p
lagipun eye bag aq ney agak myakitkn hati gk.. nak jugk kurgkn cket.. hoho..
*
*
*
*
*
Cara Pertama!!
korang suke minum teh?haa,uncang teh yg ade tu jangan dibuang!!ini amaran keras.rendamkan uncang teh tu dalam air suam kejap and letak uncang teh kat mata ea,bagi dia lepak2 kat mata korang selama 10-15 minit. Amalkan cara ni few times a week.

Cara Kedua!!
Contoh kalau korang bangun pagi pastuh OHHEMMGGII,BENGKAKNYE MATE I!!MENCI2!!korang amek sudu makan korang,tinggalkan dalam peti sejuk satu malam. Bila bangun pagi,amek sudu tersebut and letak sudu tu kat mata and kat eyebag tu..kalau sejuk,tahan ea,demi kecantikan.Kecantikan itu hal milik setiap insan.**iklan jap**

Cara Ketiga!!
Cara ini untuk orang rajin SAHAJA.
amek timun atau kentang,hiris bulat2 and pastikan tak nipis,tak tebal..letak setiap hirisan kat mata.Biarkan timun atau kentang lepak2 kat mata selama 20 minit.


Cara Keempat!!
rendam kapas dalam air sejuk berais,letak kat mata and chill atas katil ok! ;) 

Cara Kelima!!
tidor secukupnye.ini paling penting ea sayang2 sekalian..and then minum banyak air suam,kurangkan kopi,kurangkan gula,kurangkan daging merah,kurangkan makanan goreng berat (heavy fried foods),and amalkan hidup yang sihat lagi cergas!hoyeahh!

dats all!tata..;)

KISAH COUPLE SWEET (sweet laa sgt... )

Ade lah satu hari tu,sepasang couple sedang lepak2 kat taman,si balak tengah merenung ke depan,enjoy permandangan kononnye,tapi kat depan ramai awek2 pakai seluar pndek2 tengah jogging jadi tidak dapat ditentukan arah mane yg si balak itu pandang,si gadis sedang duduk saje2,memintal2 rambut sampai dari ‘straight’ jadi ‘curly’ (gurl baek,tak usyar lelaki lain)



Gadis : yang yang…
Mamat : ye sayang..
Gadis : nak tanye cikit boleh tak yang2? (mata terkedip2 manja)
Mamat : **uish,luruh jantung gedebukk** ye sayangku intan payung berlian permata gold,tanya la..
Gadis : emm...kalau la kan..kalau je tau yang! (duduk rapat sikit dengan balak) kalau pilih antara ros merah and ros kuning,bunga yang mana yang2 nak bagi nak bagi kat sayang?
Mamat : takmo bagi dua2
Gadis : Alaa yang2 ni..abeh tu nak bagi bunga ape?? (tarik muncung panjang kalah angelina jolie)
Mamat : Yang2 nak bagi kaktus kat sayang.
Gadis : Wat???eewww,yang2 ni tak romantik lansung! (pusing tepi,silang lengan,cebik bibir)
Mamat : Yang2 nak bagi bunga kaktus sebab kaktus ni kekal lama,mane tau kalau ada pencuri masok rumah sayang,boleh sayang campak kaktus tu kat muka pencuri tu,kan sayang selamat...
Gadis : **erk..nak protect aku rupenye** ala yang2!macam la tak boleh campak kasut ke enset ke..
Mamat : ye la sayang....




Gadis : em..kalau la kan sayang jadi bulan,yang2 jadi matahari tau,dorang kan pasangan,sentiase kek...
Mamat : Hish,takmo,tidak setidak tidaknye!!! (buat muke bengis,dahi kerut2,aksi yang over)
Gadis : alaa...kenapa...(mata mula bergenang)
Mamat : sebab bulan hanye muncul waktu malam,matahari kuar time siang,macam mane kita nak jumpa sayang oi kalau keluar lain2 waktu...
Gadis : (kesat air mata) ouhh...ok..habis tu yang2 nak jadi ape?
Mamat : Emm..yang2 nak jadi malam,yang sentiase ada bersama bulan,melindungi bulan dari sinaran UV..hihi

Gadis : (mencubit peha balak) ish yang2 ni..lindung2 hapenye..emm..kalau la kan..kalau la sayang jadi permaisuri,yang2 jadi raja ea!boleh sayang beli macam2,pakai cantek2..hihi
Mamat : takmo la sayang,habeh duit yang2 nanti,yang2 nak jadi orang lain.
Gadis : takmo lagi!ngade betol....habeh tu yang2 nak jadi ape?
Mamat : yang2 nak jadi dayang kepada sayang.
Gadis : aik,kenapa?
Mamat : sebab raja selalu outstation,tak dapat nak teman sayang selalu,kalau yang2 jadi dayang,yang2 akan sentiasa di sisi sayang...
Gadis : **romantiknye mamat aku ni....** macam2 la yang2 ni,sume bende dia tak nak jadi..
Mamat : sayang ingat tak janji kita?
Gadis : tiba2 pasal janji plak...wekk!!
Mamat : Ala sayang..cakap la...(memegang lembut bahu gadis)
Gadis : (memandang balak dengan pandangan sayu) kanda yang pertama..
Mamat : Dinda yang utama..
Gadis : Kanda segalanya..
Mamat : Dindalah nyawa...i luv u sayang..
Gadis : takmo luv balik!haha!wekk! (bangun dari kerusi lalu lari2 ke taman)
Mamat : ish sayang ni...(mengejar gadis tersebut lalu memeluk gadis seeratnye..)

mereka tersenyum bahagia.TAMAT~ hoho...

(aq copy jer dr blog org.. hihi.. http://arenyssoutre.blogspot.com maaf yer copy entri ney.. edit2 jer.. )

Pages