blog kurang diminati??!! how come ar.. adoyai..
cmna korg nak jadikan blog korg-korg ney jd popular..
aq xla mharap sgt kn..
cuma kekadang tuu rasa cket btol follower aq ney..
( tu r entri x menarik.. wekk! )
nak tw x ciri-ciri blog yang kurang diminati org-org sekitar kita ney?
jom aq SHARE! :)
*
cmna korg nak jadikan blog korg-korg ney jd popular..
aq xla mharap sgt kn..
cuma kekadang tuu rasa cket btol follower aq ney..
( tu r entri x menarik.. wekk! )
nak tw x ciri-ciri blog yang kurang diminati org-org sekitar kita ney?
jom aq SHARE! :)
*
*
*
*
*
*
*
*
Kita blogger baru? Tak ternama? Mesti pernah terdetik dalam hati kita kan, kenapalah blog aku ni tak ramai orang lepak-lepak. Komen pun tak banyak. Tak cukup bagus ke entri aku tulis ni? Bila masuk blog-blog yang ternama, kita terfikir. Apalah yang hebat sangat blog mamat/minah ni sampai ada 1,000 follower. Sama je macam blog aku. Kita pun cepat je buat kesimpulan, emm.. sebab dia ni model/artis kot, itu trafik blog tak putus-putus.
Walaupun kita seorang blogger, kita juga seorang pembaca. Takkan nak baca blog sendiri je, itu namanya blogger syok sendiri. Hehe. Jadi pernah tak kita rasa apa yang pembaca rasa bila baca sesuatu blog ni? Kita mesti sibuk nak komplen pasal blog tu, blog ni. Padahal kita pun bukannya bagus sangat. So, untuk entri ni saya nak berkongsi idea mengenai ciri-ciri blog yang kurang digemari oleh pembaca-pembaca.
1. Font CAPS LOCK
Dulu-dulu kita kat sekolah rendah ada belajar kan pasal penggunaan huruf besar dan huruf kecil? Tapi kenapa tak nak aplikasikan benda tu bila tulis blog? Sebab ada sesetengah blog yang suka guna CAPS LOCK dari tajuk sampai ke ending. Kalau emosi tak stabil, terus saya terus tekan tanda ‘X’ yang berwarna merah di bahagian atas sebelah kanan. Rugikan? Penat je kita buat blogwalking dan ping-ping entri blog.
2. Font colourful
Walaupun dah besar panjang ni, kita masih terbawa-bawa sifat ke’tadika’an kita tu. Tulisan semua kaler ada, meriah macam kanak-kanak tadika. Hehe. Tak salah rasanya kalau nak guna kaler-kaler tu untuk highlight point-point penting. Tapi seboleh-bolehnya elakkan penggunaan kaler-kaler yang pelbagai ni nanti pembaca boleh pening baca hasil tulisan korang. Penulisan korang yang menarik boleh jadi tak menarik sebab kaler tulisan ni. Seelok-eloknya guna tulisan kaler hitam je.
3. Lagu autoplay
Kalau ada yang lemah jantung, pembaca mungkin tersentak dengan lagu-lagu autoplay di blog korang. Ni kalau guna lagu-lagu rock dan rancaklah. Kalau lagu-lagu slow, mendayu-dayu rasanya ok lagi kot.
Mungkin ada 3 tindakan yang pembaca akan buat. Pertama: teruskan membaca blog korang sambil layan lagu-lagu tu. Kedua: mute sound system di laptop atau pc dan teruskan membaca. Ketiga: tekan tanda ‘X’ berwarna merah. Jadi buat apa nak tanggung risiko hilang pembaca? Kalau nak letak lagu, letaklah lagu-lagu yang bukan autoplay. So, pilihan pembaca nak dengar atau tak lagu-lagu tu.
4. Entri tiada perenggan
6 tahun kita kat sekolah rendah, 5 tahun kat sekolah menengah. Cikgu tak ajar ke kalau nak buat karangan kena ada perenggan? Bila kita membaca buku, novel dan sebagainya, kita kadang-kadang nak berfikir sekejap dan rehat-rehatkan minda kan. Macam mana kalau buku kita baca tu takde perenggan langsung. Mesti kita bakar je kan buku tu? Tak pun simpan je dalam tong sampah. Penulisan blog pun mesti ada perenggan. Bagi masa kat pembaca untuk rehat dan berfikir mengenai apa yang kita tulis di blog.
5. Tiada gambar
Bayangkan blog yang kita baca tu dahlah takde perenggan langsung, lepas tu gambar-gambar pun tak nak letak. Apakah? Kadang-kadang bila kita letak satu gambar tu, pembaca akan berfikir, apa kaitannya gambar tu dengan entri yang kita tulis. Kalau pembaca tu berfikiran abstrak, mesti dia kagum dengan blog kita dan terus dorang tekan ‘Follow’ dekat list follower korang. Kalau letak gambar-gambar lucu pun boleh melegakan sikit kepala sebab ada hiburan ringan di samping entri blog yang panjang.
6. Lambat load, banyak widget
Ini lagi satu halnya, nak sangat blog kita nampak gempak, macam-macam widget kita letak. Konon jelah nampak cantik tapi tak cantik pun sebenarnya. Kesannya, blog lambat nak load. Dahlah guna celcom, maxis, digi berukband yang slow nak m@#*& tu. Pembaca apa lagi, terus tekan tanda ‘X’, buang masa tunggu loading. Satu lagi kerugian buat korang.
7. Tulisan kecik sangat
Alahai, tulisan macam semut. Nak baca kena guna kanta pembesar baru nampak. Blog-blog yang tak mesra pembaca ni senang je, terus tekan tanda ‘X’. Apalah salahnya guna tulisan besar sikit, standardla saiz 12. Jangan guna saiz 8.
8. Tulisan sekejap besar sekejap kecik + ejaan gedik
Ni lagi satu kegilaan blogger-blogger baru, biasanya remaja-remaja perempuan yang masih bersekolah atau baru habis SPM. Konon nak ikut trend tapi bila baca blog macam ni rasa menyampah pun ada rasanya. Pembaca pun annoying dengan abjad yang dicampur-adukkan dengan nombor. Ingat citarasa korang tak semestinya citarasa pembaca jugak. Fikir-fikirkanlah.
Jika korang tak percaya apa yang saya cakapkan, cubalah jenguk-jenguk blog Justkhai atauBeautiful Nara. Ada tak dorang guna benda-benda kat atas tu.
Saya nak minta maaf jika ada pendapat-pendapat saya yang berbeza dengan kalian semua. Sila perbetulkan jika ada yang salah. Jika korang tetap berpendirian ‘blog aku, suka hati akulah’, sampai bila pun korang takkan maju. Lepas tu jangan nak tanya kenapa blog korang sunyi sepi. Lebih baik tulis dalam notepad dan save.
0 Si HenseM & si CoMeL BerKaTa..:
Post a Comment