Budak Comel Yang Singgah

Thursday, April 12, 2012

Suka Suki Luahan Hati..


Rintihan hati di kala malam berlabuh..

kekadang aku terasa seperti disisihkan oleh mereka. siapa aku sebenarnya bagi mereka? kata kawan, tapi...
kawan takkan pernah sisihkan kawan yang lain. busy dengan kehidupan yang baru. ya. tapi apa gunanya laman sosial facebook? setiap hari online, lagi mengecewakan apabila ternampak post orang lain dilayan, manakala post diri ini diabaikan.


Ibarat badut, luarannya tampak gembira. Tapi, dalamannya, tak ada siapa yang tahu. Ya, begitu juga aku. Yang terpaksa berlakon setiap masa, menghadapi hari-hariku.


Sedih kenapa..? kerana sikap sesetengah manusia, yang ego. Mementingkan diri sendiri. Kenapa perlu mengabaikan seseorang sedangkan dia tidak berbuat salah..? andai kata, dia melakukan kesalahan, sudah pasti dia merasa kesal. Tapi, kenapa tidak dimaafkan..? EGO. Ketinggian darjah kebebasan EGOMU, wahai manusia.
Di manakah aras keertian persahabatanmu yang telah kau bina bertahun-tahun lamanya? Sedangkan si dia yang baru kau kenali setelah kita mengalami krisis yang cuma sebesar kuman sekalipun, kau layan dia lebih baik dari aku. 


tapi tidak mengapa. aku cuba untuk berfikiran positif. untuk itu, aku lupakan segalanya.
cuba untuk menyenangkan hati. dan akan ku biarkan dirimu wahai sahabat, berbahagia di sana.
andai kata diriku tidak memberi makna apa pun dalam kehidupanmu, izinkan aku berbicara, melafazkan kata :

AKU SAYANG KAMU, WAHAI SAHABAT.




 #bukan ditujukan kepada sesiapa yang berkenaan. 
hanya untuk mengisi masa yang lapang :) 

2 Si HenseM & si CoMeL BerKaTa..:

Pages