Assalamualaikum. Sejahtera buat calon zaujku, moga Allah sentiasa merahmati dan memberkati dirimu yang tidak pernah ku temui, namun doaku tidak pernah putus mengiringi setiap langkahmu demi meraih keredhaan-Nya…
“Seindah perhiasan dunia adalah wanita yang solehah”
Kumulakan warkah ini dengan bait indah yang ditinggalkan Rasulullah S.A.W kepada seisi alam. Wanita solehah! Idaman semua muslimin di alam maya ini. Alhamdulillah, itulah anjuran Islam yang kita cintai, pilihlah wanita yang mampu menyejukkan pasanganmu dan juga baitul muslim yang bakal dibina tika sampai saat itu, insyaAllah…
Calon zaujku,
“Dinikahi seorang wanita itu kerana empat perkara; hartanya, keturunannya, kecantikannya, dan agamanya. Maka pilihlah hal keagamaannya, maka beruntunglah kedua-dua tanganmu…”
Jika harta yang kau idamkan, ketahuilah diriku tidak punya apa-apa harta di dunia ini melainkan ilmu agama yang telah dititipkan oleh mak dan abah. Tiada harta untuk kupersembahkan dalam taklik ijab nanti. Tiada harta sebagai jaminan kau akan menerima sedikit kesenangan apabila ijab bersaksi telah dilafazkan. Hanya ketenangan yang mampu aku sediakan kerana aku pernah terbaca sepotong kalam suci yang bermaksud;
“Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepada-Nya, dan dijadikan-Nya di antaramu rasa kasih sayang.”
(Surah Ar-Rum : 21)
Jika keturunan mulia itu yang kau dambakan, ketahuilah bahawa keluargaku bukanlah dari keturunan ternama. Namun apa yang pasti, aku adalah keturunan mulia ayahanda Nabi Adam A.S dan bonda Hawa A.S. sama sepertimu…
Kecantikan, itulah pandangan setiap insan. Malah, aku yakin kau juga tidak terlepas seperti insan lain. Ketahuilah, jika kecantikan itu yang kau inginkan daripadaku, kau telah tersalah sangka. Tiada kecantikan yang tidak terbanding untuk kupertontonkan kepadamu. Telah aku hijabkan kecantikan diriku ini dengan amalan ketaatan kepada tuntutan agama yang kucintai. Kau hanya membuang masa jika menginginkan kecantikan lahiriah semata-mata…
Calon zaujku yang kuharapkan semoga mendapat keredhaan Ilahi,
Aku tidak menjanjikan aku mampu membahagiakan rumahtangga kita nanti, kerana aku memerlukan engkau untuk bersama-sama menegakkan dakwah Islamiah ini, dan aku merelakan diri ini menjadi penolongmu untuk membangunkan sebuah markaz dakwah dan tarbiah ke arah jihad hamba-Nya kepada pencipta-Nya yang Agung. Melalui pencarian ilmu agama bersama, marilah kita jadikan pernikahan ini sebagai risalah demi meneruskan perjuangan Islam. Aku masih kekurangan ilmu agama, tetapi berbekalkan ilmu agama yang telah dibekalkan ini, aku ingin menjadi isteri yang sentiasa mendapat keredhaan Allah dan suamiku untuk memudahkan aku membentuk usrah muslim antara aku, kau, dan anak-anak kita.
Calon zaujku yang dirahmati,
Inginku berbicara mengenai pemberianmu kepadaku. Ketahuilah, aku tidak menginginkan hantaran bersusun dan mas kahwin yang mahal yang menyebabkan hatiku buta dalam menilai erti kita dipertemukan oleh Allah atas dasar agama. Cukuplah seandainya maharku sebuah qalam mulia; Al-Quran, kerana aku meyakini qalam itu mampu memimpin rumahtangga kita dalam meraih keredhaan-Nya, bukan kekayaan dunia yang bersifat sementara. Bantulah aku dalam menjayakan agama Allah ini melalui pernikahan, kerana ia adalah laluan untuk akau menyempurnakan separuh tanggungjawabku terhadap agama Allah ini.
Terlalu panjang rasanya aku mencoret warkah ini. Cukuplah dahulu buat tika ini, andai diizinkan aku akan kembali menitipkan lagi kiriman bertintakan hati ini. Akhir bicara, maaf andai tiada pertemuan yang kususuli kerana padaku biarlah merindu daripada jemu tatkala kita disatukan.

Heh. Jiwang juga ni. keh3.
ReplyDeleteheh. biar la. hehe.
ReplyDelete