Budak Comel Yang Singgah

Thursday, January 26, 2012

VANILA COKLAT

Assalamualaikum.
entri malam ni berkisarkan tentang vanila dan coklat.
ala, semestinya berkait rapat ngan drama kat tv3 tuhh! hihi~
sweet n cute.. drama ni mang best bagi aku. tak tau la bagi org lain. haha.
aku suka hero dia. tinggi!
comey gitu, sepadan ngan heroin. hihi.
sapa hero dia?
ofcoz AIMAN HAKIM RIDZA!




cool gitu!! xD

anyway, next tyme aku sembang lagi pasal Aiman Hakim Ridza ni.
adios! :)
Saturday, January 21, 2012

RUNNING MAN - DI MALAYSIA???

Assalamualaikum.
akhirnya, kemas juga bilik aku setelah semalaman mengemas. hoho.
awal pagi aku dah bangun sebab excited giler nak edit blog.
hari ni nak crita apa ya?
oh ya, pasal RUNNING MAN NAK DATANG KE MALAYSIA!!


yiehhhaaaaa!!! Jae Suk Oppa, Gary Oppa, HaHa Oppa, Jong KOok Oppa nak dtg Malaysia beb!
ala, rumors jer.. kalau betul apa salahnya.. mesti best gilerrr!
Variety show korea yg agak melucukan. tak kering gusi dibuatnya. kihkih.

tapi kalau aku tengok RM ni, takde la gelak sampai pecah perut.
haha. kekadang ada yg lawak giler, ada yg biasa jer.
aku tak addicted sgt tw!
biasa-biasa jer.
hihi. aku suka tengok lawak bersahaja Jae Suk Oppa..
ni dia! c Grasshopper!! haha. entah la bila dia nak jadi manusia.
asyik-asyik kena panggil Grasshopper jer.
Min Soo pun kata cenggitu. haha.

okie-okie, cukup dengan RUNNING MAN. aku nak kemas-kemas bilik dlu.
jam 10 nanti flight aku ke Membakut pula. (flight la sgt)
haha. sila la rajin-rajin berkunjung ke blog yg biasa-biasa ni erk.
jangan lupa tinggalkan link anda. nanti aku pula yg pegi melawat.
 hihi.

Annyeong! ^_^

Friday, January 20, 2012

HOLIDAYS!

Assalamualaikum.
yeah! cuti kembali lagi.
cuti CNY, satu minggu. semua warga kolej kediaman Cempaka excited gilerr nak balik. termasuk rumate aku.
aku jer xda perasan. tambahan, aku balik besok hari bersamaan dengan hari Sabtu.
wee!
dekat je kot Membakut tuhh.. 1 jam lebih dr Keningau sampai la. hikhik.
oh ya, Selamat Tahun Baru Cina buat kawan-kawan yg beraya cina kali ni ya. hihi.

agak penat jugak la hari ni. urus borang-borang berkaitan MPPB yg bakal menyusul lepas cuti.
MPPB KPLI J-QAF Amb. Jan 2012 seramai 75 orang!!!
=.="
adoii.. baru berkira-kira nak date ngan Mr. Statistik hari ni.. (kunun la)
Mr. Elaun pulak belum masuk lagi. menurut sumber yg berkenaan, paling lewat 21 Jan..
tapi semuanya bergantung dengan pihak pengurusan bank. pihak IPG dah key-in smua dh..

kalau xda besok, alamatnya, lepas tahun baru cina la kot.. means, 25 Jan.
arghhhh! masuk la cepat wahai Elaun.. sementara idea aku nak buat Tool-Kit Maths mencurah-curah ni.
grrrrrrr. geram.


Thursday, January 19, 2012

LELAKI-COoL, PEREMPUAN-TaHaN HaTi

Assalamualaikum..
berdasarkan tajuk entri di atas.. cheh! mesti korang semangat nak baca kan?
xla fakta sangat kot apa yg aku nak sampaikan ni. smuanya bdasarkan luahan hati seorang hamba Allah yg aku kenali..

ya, LELAKI - COOL vs PEREMPUAN - TAHAN HATI.
memang hot! grrrr. 

si lelaki keluar ngan kawan-kawan perempuan, slalu tak fikir perasaan gf dia.
gf dia pula?? tahan hati jer. sabar, cuma kawan je kot. itu la antara yg terlintas dalam fikiran org perempuan.

si perempuan pula, baru balas mesej seorang lelaki. si bf ni dah naik angin. kata perempuan tu curang la..
dah tak sanggup ngan dia la. and macam-macam lagi.
si perempuan tahan hati je. sedangkan lelaki yg mesej dia tu kazen dia, yg mesej cuma nak bagitaw ada sedara meninggal. #contoh jer...

situasi di atas, apa yg korang dapat nilai?
YA. perempuan sentiasa sabar. hati seorang perempuan lembut.
mudah menangis. tapi, mereka cuba utk terus bertahan.
walaupun si lelaki ni kuat marah ke, memang dah baran ke.. dia tetap sabar.
sebab apa? sebab dia dah memang sayang kat si lelaki tu.
bak kata Ust. Azhar Idrus, kalau nak couple mesti ada tujuan.
tujuannya apa? utk KAHWIN.
bukan SUKA-SUKA.

si perempuan selalunya berfikiran sebegini. lebih kepada masa depan. apabila ditinggalkan, rata-rata si perempuan akan menangis dua tiga malam tak henti-henti.
si lelaki buat dunno. tup tap, esok lusa dah ada gf baru.
tapi si perempuan tak pernah nak bagitaw pun kat lelaki tu yg dia kecewa si lelaki buat dia gitu.

sekali lagi aku tekankan, perempuan BERHATI LEMBUT. ya, aku mengaku, aku juga berhati lembut.
apabila org meninggikan suara di depanku, tak kisah la dengan nada yg agak tinggi mahupun sederhana,
bermasam muka di hadapanku, pasti aku akan terasa.
TERKILAN.
ya, terkilan. tapi kebiasaannya aku simpan dalam hati.
berfikiran positif. mungkin itu satu teguran. atau mungkin orang itu tidak sengaja.
lelaki di luar sana, ambil berat la tentang orang yg anda sayang. siapa tahu, mungkin hari ini 
hari terakhir anda bersama sidia. 
:')

maaf. entri kali ini adalah berdasarkn luahan seorang kawan. aku cuma tambah sikit je kot. haha.
maklum la.. orang lain ada semangat nak balik besok, aku pula?? takde feeling nak balik.
sebab apa? sebab bilik bersepah. haha.
tak suka aku tgok bilik yg bterabur ni. huh.
then, nak siapkn keja yg tak siap. =.="

so guys, enjoy your life. no stress. be happy always.

-Yuz Awana-



Tuesday, January 17, 2012

RUNNING MAN

#menyempat lagi tgok running man sebelum pegi kelas. atukoiii.. apa mw jadi la ngan aku ni.
Running Man
antara manusia-manusia berlari ini ialah :
KIM JONG KOOK - Ace Sparta!!
JAE SUK - Grasshopper
SUK JIN - Big Nose Hyung
KWANG SOO - Kwangavatar
HaHa - HaRoRo ya!!
KANG GARY - Seumdwa~~
SONG JI HYO - Blank Ji Hyo
JOONG KI - Flower Boy

* KANG GARY + SONG JI HYO = Monday Couple

cuti cepat la datang. mw berehat sambil menonton Running Man yg mencuit hati ini. sekadar untuk menghiburkan hati seketika cukup la. tak usah berlebihan derrr.. ^_^

KEGEMBIRAAN SEKETIKA. cheh!

Assalamualaikum..
selamat pagi para pembaca sekalian..
pagi ini aku agak lambat sikit bersiap. tak ubah seperti siput yg sedang rileks sambil minum kopi O.
mentang-mentang la kelas awal pagi batal. xD
actually kelas pagi ini ditangguhkn ke hari Khamis, memandangkan jadual hari Khamis itu amatlah "padat".
sehinggakan masa untuk Running Man pun xda. kunun. haha.
kelas batal konfirm la aku happy. dapat "bertenang" seketika.
yg aku tak happy ialah PRESENTATION.
=.="
perlu membuat perbincangan lagi. persediaan lagi. kalau tajuk TITAS sebelum ni, aku main redah jer bcakap depan audience.
kali ni, perlu bdepan pula ngan audience dr kelas PJ.
*(siap la dorg kalau ajukan pelbagai soalan ngan aku)
kali ni perlu bersedia la. ayat kena la susun cantik-cantik.
tak pasal-pasal kang kena tegur.
maklumlah, aku tak terer sangat BM ni. budak maths, ayat berterabur.
ya, mw markah lebih mestilah jadi pembentang terbaik bukan? haha.
then, mesti la prepared awal-awal. supaya nanti takde la terdiam cam tunggul bila cgu tnya.
=.="
Monday, January 16, 2012

WANITA YANG CANTIK

Wanita cantik ialah:

1.Melukis kekuatan melalui masalah

2.Tersenyum saat tertekan

3.Tertawa saat hati sedang menangis

4.Tabah di saat terhina

5.Mempersona kerana memaafkan

6.Mengasihi tanpa balasan

7.Bertambah kuat dalam doa & pengharapan Ilahi…

Ya Allah… Walaupun aku tidak cantik dimata manusia, cukuplah sekadar cantik dihadapan-MU..

--->#InsyaAllah..

KELAS PETANG

# kelas petang memang sgt2 membosankan. lebih-lebih lagi subjek yg mengandungi banyak fakta. adoyaiiii....~~
Sunday, January 15, 2012

MALAM MINGGU

Assalammualaikum.
yeahh! akhirnya.. siap jugk aku ubah sana sini blog aku ni.
hoho.
nampak lagi kemas kot.
nak citer apa? aku pun tak taw. idea hilang kot. habis semua digunakan untuk presentation PSK.
ye la, kalau aku tak fikir habis-habisan, konfirm besok pengsan depan pensyarah.
#gara-gara x dapat jawab soalan pensyarah

tak cukup dengan PSK, tambah lagi dgn subjek Hubungan Etnik.
dah tu, kena fikir pula kit Matematik tuk subjek Resos Dalam Matematik.
bukanlah hilang semua tapi bersepah-sepah semua idea.tak tahu camna mau susun.
aishhh. tambah-tambah lagi rindu rumah. sabar nak, minggu depan balik la ya. 
dipendekkan cerita, memang meja blajar aku masa ini agak berserabut. sama macam otak aku kot.
inilah yg berlaku kepada diriku pada malam minggu. Stresssssssss!!! (*ala-ala Gary RM)

nevermind, tahun baru ni cabarannya lebih besar daripada tahun-tahun lepas. so, kena kuat yer cik Awana.
azam aku, nak jadi lebih berani bentang semua kerja-kerja. InsyaAllah.
korang taknak ke? aku nak. hihi.
rasanya aku patut buat dulu kerja-kerja aku ni. kalau tak, sampai tahun depan tak siap.
nanti lagi la aku buat entri baru.
sekian.

Saturday, January 7, 2012

NAK COVER LA TUUU--


CARA-CARA NAK COVER DARI MENANGIS DALAM PANGGUNG WAYANG

korang pernah tengok wayang tak? mesti pernah kan. sama ada tengok cerita cinta jiwang gila babas or sedihh sampai menangis-nangis.. senang kata yang menyentuh perasaan laa.. pastu, korang teringat ada orang lain kat sebelah korang, then korang nampak diaorang melakukan aksi-aksi yang agak pelik. nak taw kenapa? actually, diaorang nak cover dari nangis la tuu.. jom kita check antara aksi-aksi yg berkemungkinan diaorang buat....

# tiba-tiba menggeliat.
# dua minit sekali menguap.
# buat-buat tengok jam.
# jawab henpon walaupun takderr panggilan masuk.
# asyik pandang kiri dan kanan.
# walaupun baru masuk tapi asal sampai babak sedih jer mesti keluar ataupun ke tandas.
#buat-buat ambik barang jatuh. padahal takderr pown. 
# selalu gosok-gosok mata. konon-konon masuk habuk, padahal takderr pown.

*gambar hiasan der..
Tuesday, January 3, 2012

IMBASAN 2011

Assalamualaikum..
Jeng jeng jeng! Kita sudah masuk ke taon 2012!!
Umur aku pun dah 20 taon dah.. adoyaiii...~
Banyak perkara yg berlaku pada taon 2011.. kenangan manis mahupun pahit..
Yg pahit-pahit cam kopi or peria tuu, jangan laa ingat sgt.. ala, buang yg keruh ambik yg jernih derrr..
Azam baru 2012 jangan lupa lak ea.. kalau aku, tak banyak sangat azam taon baru ne.. hekhekhek.. :p
Antaranya target-target aku termasuklah seperti yg tersenarai di bawah...

àkasi up pointer of coz. MESTI!
àLesen kereta. Lama dah aku nak ambik, memandangkan aku memang suka bawak adik aku jenjalan nek Nissan Vanette yg dimiliki oleh bapak aku. Hoho. Nakal budak ni. =.=”
Tambahan, boleh la bawak kereta pi beraya ngan kawan tyme raya nanti. Yahoo! 

|excited tahap gaban|

Lain-lain target, malas nak bagitau kat sini. Biar laa rahsia derr..
Fulamak, panjang berjela pulak intro aku. Oh ya, maaf laa lama gila dragon aku tak update blog ni. Sibuk update blog yg satu lagi. Nanti-nanti la reveal. Hikhik. :p

Memandangkan tajuk entri pertama di taon 2012 ni adalah tentang imbasan 2011, jom usha gambar-gambar sepanjang taon 2011. Tak nak usha, dok diam-diam. 
|hak elah, aku gurau jer.. |

| Harun Yahya Conference |

| Majlis Tautan Kasih : Majlis Perpisahan Saudara Nuur Muhammad |

| BIG Fasa 1 : Borneo Paradise |

| PBS Fasa 1 : SK. Ansip |

| PBS Fasa 2 : SK. Pekan Keningau 2 |

| Pameran Literasi Bahasa |

| Pameran MTE 3103 : Geometri |



Pages