Budak Comel Yang Singgah

Wednesday, October 17, 2012

Memori Itu Manis ;)


Helaian buku Mathematics for STPM masih tidak berubah. Masih di topik yang sama walaupun hampir setengah jam telah berlalu. Mata merenung-renung helaian tersebut. Integration. Mata tertumpu di situ. Tetapi fikiran melayang entah ke mana.

"Eh, petang nanti aku singgah rumah kau ya. bawak sekali double tape, celotape dan berbagai jenis tape yang kau ada. kita mesti menang lagi minggu ni. pertahankan kemenangan kita. yeah!". Semangat berkobar-kobar untuk mempertahankan takhta kemenangan yang telah "dimiliki" selama beberapa minggu. Masing-masing tidak sabar pulang ke rumah untuk persiapan diri. Ada juga di antara mereka yang tak pernah lekang dari pemain MP3, tahu akan "tanggungjawab utama" gajetnya itu sebagai penghibur di kala aktiviti menghias ruang bilik darjah petang nanti.

Aku tersenyum. Memori-memori ketika di sekolah masih lagi bermain-main di fikiran. seolah-olah baru semalam berlalu. Sudahlah Wana ! Buku ni tak habis baca lagi. ada hati nak berangan.


Rindu. Zaman persekolahan. Terlalu banyak memori yang dicoretkan bersama-sama mereka. Suka duka silih berganti. Alhamdulillah, kini aku berada di IPG hampir 3 tahun setengah. Adakah aku akan berjaya melangkah keluar dari IPG sebagai seorang guru yang cemerlang, gemilang dan terbilang? Teringat kata-kata seorang sahabat, yang sama-sama meneruskan pengajian dalam bidang perguruan, katanya,kalau kita betul-betul tawakal, takkan ada rasa takut dalam hati kita. Sebab kita yakin, kita dah usaha yang sebaiknya, dan apa jua yang Allah berikan adalah yang terbaik buat kita.

Ya Allah, adakah aku benar-benar bertawakal ?

0 Si HenseM & si CoMeL BerKaTa..:

Post a Comment

Pages