Cukup sekali itu sahaja. Tak berhubung lagi. Semuanya ku serahkan kepada takdir, untuk menentukan bilakah masanya kita akan berhubung lagi.
Cukup sekali itu sahaja. Peluang untuk memperbaiki diri. Mempersiapkan segalanya untuk menghadapi kehidupan yang lebih mencabar.
Namun, kau dan aku sama-sama tidak kuat, hadapi cabaran sebegitu rupa.
Cukup sekali itu sahaja. Dirimu mendengar khabar berita dariku. Tahu segala isi hatiku. Kerana ini semua demi kebahagiaanmu, dan mungkin juga kebahagiaanku.
*Pengorbanan demi sebuah kebahagiaan.*
AwanaYz, 2013.
0 Si HenseM & si CoMeL BerKaTa..:
Post a Comment