Budak Comel Yang Singgah

Friday, November 18, 2011

CUTI KEMBALI LAGI! :)

Assalamualaikum.
hye hye para pejalan kaki di blog ni.
aku rasa bosan pulak di petang hari ni.
tinggal sendiri di bilik. rumate dah balik kampung. sdey!
nak buat camna, bsok baru aku dapat balik.
isk3.
dari tadi aku layan Running Man jek. lawak gila! kui3..
semalam tdo jam 2.30 pagi, dah tu bangun jam 7.00 pagi. giler ke hapa ntah. =="
dah tu, xde tdo petang lak.
atoiiii....
tomei-tomei la mata aku ney cam panda.
rasa berat hati nak balik. mesti rindu. dah abes 2 semester tuk tahun pertama degree.
oh tidak!
bjumpa lagi ke kita di tahun hadapan?
tahun ni last dah senior sem 8. huhu.. mesti rindu mereka. especially kak Aishah.. :'(
emm.. rasa nak stay kat asrama ney jek la. tak nak balik la pulak.kui3..
takpe la. nak buat macamana kan..
okie la, nak rest sat. penat gilerr..
bubye! 

Tuesday, November 15, 2011

::SELAMBASIMPLE::

Assalamualaikum.
hye hye!
tahukah anda bhawa hari ini merupakan hari kebengongan aku?
oh tidak!aku tak tahu pun apa aku jawab tyme exam tadi.
killer sungguh paper Geometri itu.
seperti post aku semalam kat fb, aku memang neves yang teramat mw meluahkan perasaan di dewan TSSK pagi tadi. =="
sekarang ni aku tengah "berjinak-jinak" pula dengan Mte 3104..
aku la manusia selambasimple..
mau tahu kenapa?
sebab kawan-kawan yang lain tengah study, aku pula dok menaip merapu segala ikan kerapu di belog ni.
adoiii!
wake up wana!
(T.T)
tapi nak buat macamana. utk paper tadi, aku tawakal sja la.
aku dah berusaha sedaya upaya. :)
okie la, aku nak sambung study kejap. 

bubye!



Monday, November 14, 2011

ADORABLE! :)

Assalamualaikum.
hye u all.
hari ini aku agak stres gila pas dating ngan c geometri ni.
tapi takpa, aku luangkan masa sekejap ngan blog aku yang agak lama jugak la tak diupdate.
disebabkan aku telah addicted mendengar lagu Ainan Tasneem,aku jadi suka sma dia! aha!
Adorable!
Cute, pandai main gitar. memang aku suka dia la.
nak buat macamana, lagu single dia - Aku Suka Dia
sangat best!
kalau ada lagu tu yang boleh guna tuk ringtone, konfirm aku download!
apapun, aku nak share ngan korang pasal lirik lagu dia ni.
besh giler!

zass!layannn....

Aku lihat dia di sana
Aku ingin mendekatinya
Aku cuba mengampirinya
Lalu aku menyapa dia

Dia pun membuka bicara
Dan aku mulai mengenalnya
Kita mulai bermain mata
Mula timbul rasa bahagia

C/O :
Bila dia, mendekati diriku,
Hatiku rasa sesuatu
Bila dia, senyum pada diriku
Hatiku rasa tak menentu

Kekadang hati ku bertanya
Adakah dia dah berpunya
Kerana diriku berasa
Aku jatuh hati padanya

Aku ingin memilikinya
Aku ingin menjaga dia
Aku ingin mencinta dia
Aku ingin hidup dengannya

C/O :
Bila dia, mendekati diriku,
Hatiku rasa sesuatu
Bila dia, senyum pada diriku
Hatiku rasa tak menentu

Mungkinkah aku, kan berjumpa dengannya
Untuk meluahkan rasa
Mungkinkah aku, kan berdiam diri saja
Menunggu cinta darinya

Bridge :
Ku terima satu nota..darimu..
Yang tertulis 'Aku suka kamu'

C/O :
Bila dia, mendekati diriku,
Hatiku rasa sesuatu
Bila dia, senyum pada diriku
Hatiku rasa tak menentu

Akhirnya kini, ku kan mampu ceria
Diriku sangat gembira
Akhirnya kini, aku mulai bahagia,
Menerima cinta darinya.. Aku suka dia...
 

Saturday, November 12, 2011

SELAMAT MENEMPUHI PEPERIKSAAN!

Assalamualaikum.
apa khabar?
sory, kurang masa utk update blog.huhu.
anyway, aku nak wish gud luck tuk kengkawan yang exam pada minggu terakhir di IPG. yeah!
gud luck to me too!
lpas exam, kita bercuti sakan ya kengkawan?
do your best!
Thursday, November 3, 2011

PELENGKAP HIDUPKU ヅ

EREN FT ROMI - PELENGKAP HIDUPKU



Aku bagai laut tak bertepi dan tak berkarang
Aku bagai bintang yang tak ditemani malam
Melihat dirimu ada senyum canda dan tawa
Yang membuat aku tak ingin pergi darimu

Teringat janji lamamu kepadaku
Teringat aku teringat
Teringat saat kau masih ada di sini
Temaniku sepanjang hari

Bila kau pergi jauh ingatlah aku
Bila ku di sampingmu peluk tubuhku
Bila kau rindu aku panggil namaku
Ku datang menemuimu

Peluk erat jasadku jangan lepaskan
Tetaplah kau di sini arungi malam
 Karena hanya dirimu belahan jiwa
Pelengkapku di dunia


KESIHATAN PERLU JAGA!

Assalamualaikum.
hi semua.
apa khabar? sihat tak? lerr. dok merapu jek keja aku kat sini ni.
tak lama lagi raya kan? waaa. raya haji..
wink2*
okie. dah berhari-hari aku tak pi kuliah tau. sebab apa?
sebab kurg shat la.
hari ni patutnya ada temujanji ngan doktor, tapi aku tak dapat pi. pehal? adalah. =="
rasa risau tu ada jugak. sakit yang skang cuma beransur pulih, tak tau lagi kan apa sebenarnya sakit tu.
alamak. rsau benar aku.
nak buat macamana ni. adei.
tu la, ada org kata ngan aku, kesihatan tu perlu jaga!
jangan abaikan!
apa kehe la budak ni tau. sesuka suki dia jek biarkan kesihatan dia terabai.
mak aku pun pesan begitu. dah la aku ni jenis yang tak suka makan ubat.
tapi korang pun tak suka makan ubat kan?
ngee.. 
takpe la korang, nti aku fikirkn cara macamana nak atasi masalah aku skang.
dah nak masuk waktu Zohor dah ni.
jom solat! :)
Wednesday, November 2, 2011

HARUSKAH KU LUPA...

Assalamualaikum.
alamakss. aku buat entri pada waktu tengah malam.
xpa. kerna di saat ini aku ingin merapu sebentar.
takpa bukan?
heeee.
abaikan tajuk entri tersebut.
macam xda kaitan jek.ish ish ish..

apa korang buat kalau korang ditipu?
aku nak taw gak pendapat korang.
sila la drop komen ya? feel free to do it okay?
buat sementara ni, aku rasa nak diamkan diri dulu la kot.
malas nak layan sapa-sapa especially orang yang MENIPU tuu..
laaa, tak kisah sebenarnya. lantak dia la.
kan kan?
okie la. nak tido dulu.

Oyasuminasai.

Tuesday, November 1, 2011

BOHONG SUNAT

Assalamualaikum.
hello hello warga blogger sekalian.
sekali dengan para pembaca blogger!
wee~
hari ini aku ingin berbicara tentang bohong sunat.
ada kerr bohong sunat dalam Islam?
nak tahu lebih lanjut?
jom usha artikel yg aku dapat ni.
*
*
TIADA BOHONG SUNAT DALAM ISLAM

Realiti yang tidak dapat dinafikan pada zaman ini kebanyakan orang terpaksa hidup dalam kepura-puraan. Kononnya kerana untuk jaga hati kawan, isteri, malah pemimpin mereka terpaksa berbohong dalam istilah yang dinamakan “bohong sunat”.

Sebenarnya persoalan ini jika dilihat dalam konteks pentadbiran sesebuah kerajaan, pembohongan ini termasuk dalam strategi politik. Lazimnya dalam istilah kampung ia dikatakan helah atau taktik.
Seorang menteri atau wakil rakyat misalnya sewaktu menjawab permasalahan rakyat, dia jarang mengatakan tidak boleh atau menolak permintaan secara terang-terang. Sebaliknya jawapan yang diberi cukup menyenangkan hati rakyat.
“Datuk, jambatan tempat kami sudah kelihatan uzur, bolehkah datuk mempercepatkan baik pulihnya, lagipun kami dah lama memohon?” mohon rakyat.
“Tentang jambatan itu, masih dalam pertimbangan, saya berjanji akan cuba percepatkan,” jawab Menteri itu.
Jelas jawapan menteri itu sekadar menenangkan hati rakyat di penempatan itu, padahal yang sebenarnya persoalan jambatan itu belum dimasukkan lagi dalam agenda mesyuarat kabinet. Inilah strategi orang politik.

Kalau dalam rumah tangga, kadang-kadang anak meminta sesuatu dari ayah yang perkara itu tidaklah mustahak sangat. Namun si ayah tidak menolak permintaan itu, sebaliknya berkata ayah, “akan difikirkan kemudian”.
Begitu juga yang berlaku dalam masyarakat baik di kampung mahupun di bandar, seseorang terpaksa berhadapan dengan jiran yang pelbagai kerenah. Kalau jiran itu baik sudah tentu dia menyenangkan kita, tetapi terdapat juga jiran yang langsung tidak berbudi bahasa.
“Malam ni jemput ke rumah, saya buat kenduri arwah sedikit,” kata seorang penduduk di taman itu.
“Tengoklah kalau saya sempat balik, sebab ada kerja di luar hari ini,” jawab jirannya.
Sebenarnya cakap-cakap seperti di atas pada orang Melayu ialah “bohong sunat” atau “cakap berlapik”. Berdasarkan konsep sunat itulah sebahagian besar masyarakat Melayu menggunakannya secara berleluasa.
Persoalannya, benarkah wujud “bohong sunat” dalam Islam? Logiknya, kalau bohong pada dasarnya haram bagaimana pula boleh jadi sunat? Jelasnya istilah tersebut tidak tepat pada konsepnya.

Sebenarnya, pembohongan dalam konteks di atas diharuskan selagi bertujuan baik. “Harus” dalam Islam bermaksud boleh dilakukan dan boleh ditinggalkan dan tidak akan dicatatkan pahala atau dosa. Jadi, pembohongan dalam keadaan di atas tidak berdosa dan tidak pula berpahala.

Sungguhpun begitu, kesan pembohongan itu tetap akan diambil kira oleh Allah S.W.T. Maka jika natijahnya mendorong kepada keburukan maka seseorang yang berbohong itu tetap berdosa. Sebaliknya jika kesannya menjurus ke arah kebaikan, pasti dia akan beroleh pahala pula.

Merujuk kepada tiga kes di atas, menteri yang berjanji itu mungkin beroleh pahala jika rakyat boleh berasa tenang dan dapat melakukan kerja dengan baik. Manakala menteri itu akan beroleh pahala yang lebih besar lagi kalau projek yang dicadangkan itu terlaksana juga akhirnya. Sebaliknya jika menteri itu sudah berniat untuk menipu rakyat kampung itu, rakyat pula terasa penipuannya maka menteri itu tetap berdosa. Malah sikap menteri berkenaan lambat laun akan terdedah kepada pengetahuan umum, lalu dibenci rakyat jelata.

Sikap bapa dan anak dalam contoh di atas, boleh dilihat di sudut didikan. Ayah yang hendak mempertimbangkan semula permintaan anaknya tentu boleh menggembirakan hati anaknya. Tetapi jika ayah itu tidak dapat menunaikan permintaan itu, sebaliknya cuba mencari alternatif lain. Ketika itu si ayah mendapat dosa.
Begitu juga dengan kes jiran di atas. Tetapi jika jiran itu menipu hanya kerana tidak mahu menghadiri kenduri jirannya suatu tindakan yang salah. Pembohongannya dalam kes itu suatu dosa yang tidak boleh dimaafkan.
Walau bagaimanapun jika jiran yang membuat kenduri itu memang tidak bermasyarakat, tetapi cuba berbuat baik dengan jirannya hanya ketika memerlukan masyarakat, maka dia wajar diajar seperti di atas. Pembohongan yang dibuat itu hakikatnya untuk mengajar jirannya tentang erti hidup bermasyarakat.
Dalam Islam, jaga hati jiran memang penting tetapi jangan kerananya kita terpaksa berbohong. Pastikan apa yang hendak dilakukan itu membawa kesan yang positif semoga dengan itu kita beroleh pahala.

Artikel : Ustaz Ahmad Baei Jaafar
baei.blogspot.com

p/s : so, mereka-mereka yg rasa dirinya berbohong konon-konon bohong sunat, sila BACA ini.
laa, kalau bterus terang pun apa salahnya. eh, sat naa. aku maksudkan ni dalam situasi lain, bukan situasi POLITIK okeh~
contohnya, c polan berkata kepada c polan yg dia tidak buat perkara yg dikatakan c polan, tetapi sebenarnya dia melakukannya dan diketahui secara senyap-senyap oleh c polan. cis, komplikated btol. =="
apa salahnya kalau bterus terang? aku paling tak suka situasi ini.
untuk perbicaraan seterusnya, kita sambung di kemudian hari. aku perlu menepati masa untuk makan ubat pada ketika ini. to be continued~~

Pages