Assalamualaikum.
hello hello warga blogger sekalian.
sekali dengan para pembaca blogger!
wee~
hari ini aku ingin berbicara tentang bohong sunat.
ada kerr bohong sunat dalam Islam?
nak tahu lebih lanjut?
jom usha artikel yg aku dapat ni.
*
*
TIADA BOHONG SUNAT DALAM ISLAM
Realiti yang tidak dapat dinafikan pada zaman ini kebanyakan orang terpaksa hidup dalam kepura-puraan. Kononnya kerana untuk jaga hati kawan, isteri, malah pemimpin mereka terpaksa berbohong dalam istilah yang dinamakan “bohong sunat”.
Sebenarnya persoalan ini jika dilihat dalam konteks pentadbiran sesebuah kerajaan, pembohongan ini termasuk dalam strategi politik. Lazimnya dalam istilah kampung ia dikatakan helah atau taktik.
Seorang menteri atau wakil rakyat misalnya sewaktu menjawab permasalahan rakyat, dia jarang mengatakan tidak boleh atau menolak permintaan secara terang-terang. Sebaliknya jawapan yang diberi cukup menyenangkan hati rakyat.
“Datuk, jambatan tempat kami sudah kelihatan uzur, bolehkah datuk mempercepatkan baik pulihnya, lagipun kami dah lama memohon?” mohon rakyat.
“Tentang jambatan itu, masih dalam pertimbangan, saya berjanji akan cuba percepatkan,” jawab Menteri itu.
Jelas jawapan menteri itu sekadar menenangkan hati rakyat di penempatan itu, padahal yang sebenarnya persoalan jambatan itu belum dimasukkan lagi dalam agenda mesyuarat kabinet. Inilah strategi orang politik.
Kalau dalam rumah tangga, kadang-kadang anak meminta sesuatu dari ayah yang perkara itu tidaklah mustahak sangat. Namun si ayah tidak menolak permintaan itu, sebaliknya berkata ayah, “akan difikirkan kemudian”.
Begitu juga yang berlaku dalam masyarakat baik di kampung mahupun di bandar, seseorang terpaksa berhadapan dengan jiran yang pelbagai kerenah. Kalau jiran itu baik sudah tentu dia menyenangkan kita, tetapi terdapat juga jiran yang langsung tidak berbudi bahasa.
Begitu juga yang berlaku dalam masyarakat baik di kampung mahupun di bandar, seseorang terpaksa berhadapan dengan jiran yang pelbagai kerenah. Kalau jiran itu baik sudah tentu dia menyenangkan kita, tetapi terdapat juga jiran yang langsung tidak berbudi bahasa.
“Malam ni jemput ke rumah, saya buat kenduri arwah sedikit,” kata seorang penduduk di taman itu.
“Tengoklah kalau saya sempat balik, sebab ada kerja di luar hari ini,” jawab jirannya.
Sebenarnya cakap-cakap seperti di atas pada orang Melayu ialah “bohong sunat” atau “cakap berlapik”. Berdasarkan konsep sunat itulah sebahagian besar masyarakat Melayu menggunakannya secara berleluasa.
Persoalannya, benarkah wujud “bohong sunat” dalam Islam? Logiknya, kalau bohong pada dasarnya haram bagaimana pula boleh jadi sunat? Jelasnya istilah tersebut tidak tepat pada konsepnya.
Sebenarnya, pembohongan dalam konteks di atas diharuskan selagi bertujuan baik. “Harus” dalam Islam bermaksud boleh dilakukan dan boleh ditinggalkan dan tidak akan dicatatkan pahala atau dosa. Jadi, pembohongan dalam keadaan di atas tidak berdosa dan tidak pula berpahala.
Sungguhpun begitu, kesan pembohongan itu tetap akan diambil kira oleh Allah S.W.T. Maka jika natijahnya mendorong kepada keburukan maka seseorang yang berbohong itu tetap berdosa. Sebaliknya jika kesannya menjurus ke arah kebaikan, pasti dia akan beroleh pahala pula.
Merujuk kepada tiga kes di atas, menteri yang berjanji itu mungkin beroleh pahala jika rakyat boleh berasa tenang dan dapat melakukan kerja dengan baik. Manakala menteri itu akan beroleh pahala yang lebih besar lagi kalau projek yang dicadangkan itu terlaksana juga akhirnya. Sebaliknya jika menteri itu sudah berniat untuk menipu rakyat kampung itu, rakyat pula terasa penipuannya maka menteri itu tetap berdosa. Malah sikap menteri berkenaan lambat laun akan terdedah kepada pengetahuan umum, lalu dibenci rakyat jelata.
Sikap bapa dan anak dalam contoh di atas, boleh dilihat di sudut didikan. Ayah yang hendak mempertimbangkan semula permintaan anaknya tentu boleh menggembirakan hati anaknya. Tetapi jika ayah itu tidak dapat menunaikan permintaan itu, sebaliknya cuba mencari alternatif lain. Ketika itu si ayah mendapat dosa.
Begitu juga dengan kes jiran di atas. Tetapi jika jiran itu menipu hanya kerana tidak mahu menghadiri kenduri jirannya suatu tindakan yang salah. Pembohongannya dalam kes itu suatu dosa yang tidak boleh dimaafkan.
Walau bagaimanapun jika jiran yang membuat kenduri itu memang tidak bermasyarakat, tetapi cuba berbuat baik dengan jirannya hanya ketika memerlukan masyarakat, maka dia wajar diajar seperti di atas. Pembohongan yang dibuat itu hakikatnya untuk mengajar jirannya tentang erti hidup bermasyarakat.
Dalam Islam, jaga hati jiran memang penting tetapi jangan kerananya kita terpaksa berbohong. Pastikan apa yang hendak dilakukan itu membawa kesan yang positif semoga dengan itu kita beroleh pahala.
Artikel : Ustaz Ahmad Baei Jaafar
baei.blogspot.com
p/s : so, mereka-mereka yg rasa dirinya berbohong konon-konon bohong sunat, sila BACA ini.
laa, kalau bterus terang pun apa salahnya. eh, sat naa. aku maksudkan ni dalam situasi lain, bukan situasi POLITIK okeh~
contohnya, c polan berkata kepada c polan yg dia tidak buat perkara yg dikatakan c polan, tetapi sebenarnya dia melakukannya dan diketahui secara senyap-senyap oleh c polan. cis, komplikated btol. =="
apa salahnya kalau bterus terang? aku paling tak suka situasi ini.
untuk perbicaraan seterusnya, kita sambung di kemudian hari. aku perlu menepati masa untuk makan ubat pada ketika ini. to be continued~~
0 Si HenseM & si CoMeL BerKaTa..:
Post a Comment