Baru-baru ni aku ditimpa nasib malang. malang ker? whatever la, janji menepati syarat. kebetulan, pada hari kedua semua umat Islam berpuasa. kamu tahu bukan, setelah penat berpuasa sehari, mesti la nak berbuka dgn dishes yg menyenangkan hati. ini tidak, agak menyakitkan hati adalah. makanan tawar, langsung tiada rasa garam. aku beli pada harga rm3.50. berbaloi ke cik akak sekalian? aku pun manusia juga, bukannya binatang. makan makanan sedemikian, baik lagi aku berbuka dengan biskut sahaja. dalam kesibukan aku membebel tentang makanan yang memang membuatkan hatiku terasa pilu, black-out pula melanda kolej kediaman yang aku diami ketika ini. sungguh, rasa sedih menerpa ke lubuk hatiku. sudah la makanan tawar, terpaksa makan dalam gelap pula. walau apapun, aku gagahi diriku yang lemah kerana berpuasa seharian tanpa bersahur ini menghabiskan makanan tersebut. ayat aku gramatis gila bukan? hal ini kerana aku cuba menenangkan diriku daripada terus marah di bulan Ramadhan al-Mubarak ini.
seterusnya, setelah selesai berbuka puasa bersama rakan terbaikku, Kate, roomatenya pula ter"pengsan" secara tiba-tiba. lalu keadaan menjadi kecoh seketika. heboh, huru hara seolah-olah berada di sebuah pasar Cina. huh, keluhan aku yang agak berat di situ. tidak la seberat lori berpuluh tan, cuma beratnya pada bunyi sahaja. guess what, I can't finish my work by today. tired, and missing my beloved pencil make my work more difficult. pencil? argh! itu cuma alasan. sudah ditakdirkan aku akan menerima nasib sedemikian. tidak mengapa, aku redha.
cukuplah sampai di sini tinta aku yang agak kemerapuan ini. apabila tanganku mula ligat menaip, otakku mula mencurah-curahkan idea ke ladang gandum, maka tercetuslah entri sebegini. korang jangan salah sangka,karyaku yang agak istimewa ini, bak kata Adibah Noor dalam lagunya Terlalu Istimewa hanya akan diterbitkan dalam blog Miszawana.blogspot.com yang tidak cute mute ini apabila terlalu banyak benda yang aku pendam setelah sekian lama.
sekian, setakat ini sahaja perbicaraan yang terlalu ringkas dan tidak menarik perhatian ini. adios~
0 Si HenseM & si CoMeL BerKaTa..:
Post a Comment